Category Archives: Diari

Sabah Trip: Day 1

5:30AM. Lambat bangun! mamposla kalau tinggal flight ni!

5.50AM. Gerak ke KLIA. Azmil dgn gaya F1 cuba memecut selaju yg boleh. Lgpn bawak keta Buzz, apa lg..tekan aje la itu Gen2Lution. “Buzz, berapa laju boleh bawak ni?..”, tanya Momoji selaku co-pilot pagi tu. Aku translatekan maksud ayat Poji tu menjadi “Tekan je..” (nak bakar azmil le tu..)

6.15AM Sampai kat KLIA. Pi check in dulu..domestik, hrmm..orang pun tak ramai. Yang ramai kat line antarabangsa..panjang gile! “Balik kampung ya pak!” tanyaku dalam hati..Dah siap semua perut lak minta di isi. Ajak semua makan kt Mc D dulu..Bubur Ayam ngan Teh O. pehh..Takut tak sempat bawak je Teh O tu gi luar..hisap rokok! Jam da kul 7 pagi..kene masuk ni! Salam dulu ngan pak sopir n Momoji sblm masuk..Mak aii..C11..hujung dunia neh! sampai je sana dah xde org..sib baek sempat!

Lapar..

Semapt lagi..
Sempat lagi..

8.20AM. “Sir, Nasi Lemak or Omellet?” Tanya pramugari cun..laa..tiga2 da mcm org pengsan. “Err..bagi Nasi Lemak tiga dengan jus oren ye..” sambil mata mat Zaki melilau-lilau cari penampor! hehe..sedap pulak jus oren ni. Aku ngan tak malunya mintak tambah..urghh, sambung tido balik.

Sapede!
Sapede!
Nasi Lemak
Nasi Lemak

10:30AM. Suara Kapten lak kejutkan kali ni..tgk tingkap..huii, da nampak daratan! wahhh..da besar la airport kk ni.. Last skali aku sampai err..tak ingat arr! Welcome To Sabah!

10:40AM. Aku malas nk tulis tapi ada benda lawak. Masa nak amik beg tu, singgah jap kat kedai Nike. Zaki tertawan la sandal Nike. RM89. Hrmm..dia angkat size 7. Sampai kat bawah dia nak pakai, sebelah saiz 7, sebelah saiz 11! wakakaka!! CACAT!! aduii..sesuai! Dia pi tukar balik, Buzz dari td cari tandas. Aku tepon member aku kata da sampai pastu bukak arr laptop, Mafia Wars! Sempat lg..

11.30AM. Jamaludin Diner. Tu la nama kawan aku yang datang jemput bersama dengan bininya yang cun..hehe. lama tak jumpa! Kiterang pegi makan dulu kat Indah Permai. Nasi Kuning! Fuh, lama tak makan ni..kalau kat semenanjung ada kat Klang je. Tempat lain xde! pastu gi Nexus Karambunai. Fuyohh! memang best la karambunai neh..pantainya tak tercemar langsung! mata je la yang tercemar..gile..kiri kanan mat saleh selamba je baring..tangkap gambar..tangkap..

Juadah tengahari.. Nasi Kuning
Juadah tengahari.. Nasi Kuning
Menjamu err..nafsu!
Menjamu err..nafsu!
Aku da agak..kalau Buzz tau mat zaki amik gambar..hancus!
Aku da agak..kalau derang amik gambar aku..hancus!
Cinta korang dipantai merdeka...
Cinta korang dipantai merdeka...
Kulit album..Rimba Bara
Kulit album..Rimba Bara

2.00PM. Check-In kat TuneHotel. TuneHotel rupanya sebangunan dengan 1Borneo. Macam Mid Valley jugak la.. Sampai situ saja pertemuan ngan Jamal. Kalau ada masa nt aku datang rumah dia. Mata pun da start lalok..

4.00PM. Keluar cari makan kat 1Borneo. Hrmm..akhirnya makan kat Mc D jugak. Aku tak tau sangat kat 1Borneo ni. Tempat ni pun baru. Sempat lagi gi butik Levis.. tengok 501 green baru tu..tapi aku terpaut 501 lama. RM330. Mahal RM5 berbanding semenanjung..balik hotel lagi bagus!

12.12AM (03/05/2009). Astagfirullah Al-Azim..start dari kul 7 tadi aku tertidur. perut dah lapar ni, mana mau cari makan? makan coklet je la..Time ni la aku update blog. Jumpa lg hari esok! Peace!

Kaitan:
Sabah Trip (Day 2)
Sabah Trip (Day 3)

Album – Sabah Trip (Day 1)
Album – Sabah Trip (Day 2)
Album – Sabah Trip (Day 3)

Putrajaya > Cyberjaya

Minggu ni semua org kat bahagian aku bz mengemas barang masing2. bahagian kiterang nk pindah (ke dipindahkan? ;p) ke Cyberjaya. Ada tiga bahagian yang akan berpindah. Kalau ikutkan milestonenya, BPM ni pindah dulu, kemudian BPPs, last skali BS. Kira bahagian IT ni kene gi test dulu. hehe..

Masa kemas tu, tengok partition sebelah kanan, 4 kotak! sebelah kiri, 3 kotak! depan aku, 6 kotak! belakang? hujung sana? ishh.. x payah la tgk..da tentu majoriti lebih dri 2,3 kotak..aku bongkar lagi laci aku, da kosong. ape lagi aku nk masukkn dalam kotak depan aku yang separuh pun x sampai! haha! 4 tahun 6 bulan keje, separuh kotak pn x sampai? ringkas ke malas ni?

best bila pindah:

  • suasana baru
  • tempat baru
  • partition baru
  • dpt tgk awek 2 lagi bahagian lain (baru & lama ;p)
  • Lif, pantry dsbgnya..semua baru

yang tak best bila pindah:

  • udara baru  (bau simen, bau playwood, bau cat etc.)
  • bos lama (hehe..jgn mara bos!)
  • parking? uh..kita tgk dulu
  • tempat jauh (pegi dekat, nak balik? kene tawaf dulu)
  • internet access/intranet (belum di test)
  • smoking area? (berani test kt partition?)
  • dekat ngan parabola MEASAT (hari2 kene radiasi..haha!)
  • kene dtg awal (dah biasa dtg opis lewat)

kene tgk wikimapia dulu ni..kot2 ada paya yg boleh aku buat shorcut pegi dan balik keje. kepada mereka yg PC dah kene rap masuk dalam kotak, anda di persilakan membuka pasar mini bagi mengisi masa lapang ni..lawan chess ngan aku ke? men Mafia Wars ke..janji jangan sneaking!

Variasi..variasi..

genap sebulan asyik layan game je. sebulan jugak la tak cukup tidur. aku perlukan masa yg cukup utk tidur di hujung minggu neh. hrhr!..tp sabtu ahad pn dtg opis jugak..adeii..

opis pn da nk tukar. keje makin byk..huii..aku kene cepat nehh

kepala penin asyik ujian, assgmnt..ujian, assgnmt..aku perlukan cuti neh

tiket da selesai. hotel pn tinggal nk book lg..tggu la manukan..aku dtg sana snorkling. tggu aa..tp goggle aku da rosak. aku perlukan yang baru

migrasi server pn trgendala. aku da lupa nk buat..eii..aku perlu bt cpt neh

perut lapa. perlu cari megi..yg ni aku blh bt skrg!

Ketagihan

Ni semua gara-gara mat asri! Habisla assigment aku tak buat lg..

Sebab ngko la aku ketagih men Mafia Wars (Yahoo! Apps). Dalam masa yang singkat je, aku dah ketagih tapi dah nak bosan dah… yela, asyik kene hit list je. mana tahan..

Tapi apa sebenarnya game Mafia Wars ni? aku malas nak cari info pasal game ni. yang aku tau, it’s provide by Yahoo!. Sebelum ni da ada pun kat Facebook, MySpace tp tak layan. Skrg ni je layan sb dah xde hiburan lain..hrhr!

Macamana nak main? Mula-mula korang kene ada akaun yahoo. pastu gi kt http://apps.yahoo.com/myapps dan tambahkan je Mafia Wars. Jangan lupa update profile yahoo korang dan letak URL profile kt komen. senang aku nak invite. tak pun invite je aku. hehe! lagi byk connection lgi bagus.. jangan jd mafia tepi jalan yang keje umpil pintu je sb xde family. haha! jgn marah Buzz!

apa lagi? ATTACKKK!!!

1 dalam 5 juta

Hrhrhr.. siap la ko MieL!

Akhirnya, kedengaran juga. Tapi bukan dari Sistem Maklum Balas, tapi from her #1 worst website in the world.. selepas lebih 5 juta pengunjung dalam tempoh 10 bulan. Bagus tu. suka aku baca. jujur..

tapi pelik juga, ada popup ke? ke web JPA3? aku rasa ni mesti sebab banner 75 tahun kat tepi tu..Ooo..papela

jahat la design ko ni miel. ni bukan pasal seni tak seni. mendera OKU namanya. hrhr!! sian derang ni..design baru dah siap ka?

Kemaskini (11/03/09):
Website jpa dlm proses migrasi ke server baru. 3 hari kiterang duduk buat maulid dalam data center sambil dibantu oleh juruteknik raja gay. hrhr! . Start hari sabtu lalu hinggala hari isnin (07/03/09:10AM – 10/03/09:8AM). Performance mmg boleh tahan tapi..pagi isnin tu mula la bermasalah. Terpaksa aku tukar balik ke server lama (10/03/09). Part ni yang tak best sebab aku kene downkan dulu..kesian user dengan kelembapan server lama ni. mesti terkejut bila dengar jpa ada satu server je tuk web..hehe! ops! boleh bgtau ke? Letih oo..org lain, 3 hari cuti..tapi tu la kan, buat web tak sama macamana nak buat karipap ;p

Tapi semalam pautan ke artikel tu dah kene hapus. Hrmm.. feedback ni penting bagi aku. kita tau mana nk tambah, mana nak buang. boleh jadikan support. tukang buat web ni..buat je, kene ikut orang atasan. Feedback marah ke, emo ke, lantak la. da biasa pun..kalau ada lagi sila komen kat bawah ni. kalau aku tak suka aku delete je.. hrhrhr!

Hari Kelahiran

Tak sedar tarikh ni datang lagi, kejap je. Tapi tahun ni aku rasa lain sikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Aku tak pernah pun ambil berat ulang tahun kelahiran ni sebab aku selalu lupa..Celcom yang ingatkn siap bagi free sms/call ke 8 nombor 8pax. Banyak juga sebab kenapa dari kecik lagi aku tak pernah sambut hari kelahiran ni. Antaranya kerana aku tak diberi royalti kerana “Harijadi” itu diambil bersempena nama aku, tambah “J” je..haha!

Bagi aku tarikh ni sama je mcm aku tgk nombor2 kat kalendar. Dari januari hinggala disember dan dari situ kita dpt mengira jarak matahari ngan bumi, alignments tertentu bagi bumi dgn bintang2, planet2.. dan yang paling penting nak tahu malam Sabtu (jumaat) ngan malam Ahad (sabtu). haha! blh aku tdo lama sikit. Cuma yang bezanya bila tarikh yang aku lihat hari ni sama dengan tarikh lahir aku. 07 hb 3! dan setahun lagi dekat dengan kematian! hehe.. da bulan 3 da..

Patutla khamis hari tu (5/3/2009) aku dapat bungkusan hadiah.. dari seorang kawan. Mula-mula hairan la juga. Siap pakai GDex lagi. Alamat opis plak tu! Lantakla..bom ke, anthrax ke..janji buka dulu..Buka-buka je..peh! aku suka la gift ni! pengirimnya tak baca lagi masa tu..rakus!

Dompet Levis
Dompet Levi's
Dompet Levis
Dompet Levi's

Apa pun, terima kasih la bagi aku hadiah ni. Ingat jugak ko kat aku. Arigato gozaimas!

Buat Ina, terima kasih atas segalanya. Sanggup ko tepon aku eh..jgn sedih. Sabar dan keikhlasanmu pun dah mencukupi..

Sesetengah orang (macam akula), lebih suka duduk sorang-sorang berdialog dengan diri sendiri tentang kehidupan berbanding dengan majotiri orang lain yang lebih suka dengan sambutan yang di attachment dengan hadiah. Bukan aku tak suka, cuma tak tenang rasa..Sometimes, there are gifts far better than the normal gifts. Sesuatu yang tidak boleh dilihat, disentuh tapi boleh dirasa. Ya.. Harapan…

Hope by *frixin
Hope by *frixin

Aku terfikir.. apa yang dah aku buat dalam setahun ni? dan kemudian apa yang aku nak buat setahun yang akan datang nanti? dan tahun seterusnya? aku boleh jawab tapi memang aku akan tipu punya..hehe. Dalam tempoh 4 tahun dah keje ni, banyak yang aku belajar.. tentang kehidupan.. yang salah, yang betul. Ya..kita diciptakan masing-masing punya destinasi. masing-masing carry our parent’s hopes. Tapi, adakah histories masa lepas memberi kesan kepada kita? Terpulang kita sendiri untuk memilih jalan yg terbaik..atau harus lari ke hutan belok ke pantai? cewah

“Masa umur ko ni, bapa dah ada adik ko yg ketiga”..pedihh!! ingat lagi kata-kata beliau lelaki (panggilan untuk ayah bagi sesetengah org kat LD) masa aku balik kampung bebaru ni . Dalam je maksud..macam selalu, buat bodo je! Jodohnya masing-masing. Aku dalam proses penstabilan dulu, walaupun cek list tak pernah dpt markah penuh. Anak bapak ni pelik sikit tapi InsyaAllah akan aku tunaikan (poyo je)..aku janji pak! Lepas ni aku ajak bapak gi buat sesi taaruf..

Tapi hidup ni memang singkat, memang palat tp aku tetap terima. Aku akan selesaikan misi-misi ini dengan jayanya. Banyak cakap pun tak guna.

07/03/2009 = 10 Rabiulawal 1430 .. Happy Birthday to me..

..dengan harapan tahun depan aku dapat selesaikan semua misi.. hihi..
Aku nak tido ni..da masuk 2 pagi
kene gi opis pagi nanti..ada oti
nak ajak juruteknik sorang ni..
bawa skali ayam golek hidangan tengahari..
tu pun kalau dia ingat janji
kalau tak, ada yang makan kaki!
tu pun kalau aku berani
hihi!

Domain & Hosting

Beautiful saturday morning where should I sit at home and relax but.. hari ni saja aku dah order 2 domain+hosting. semua sekali dalam RM184. amik basic je.. haa, sapa nk beli domain? RM 30 je.. hehe. promo, promo. dengan hosting sekali, RM98.

After a one-hour discussion with husband Kak Ina about the new website, the migration process is not as easy as we thought. Many things still vague. Biasala, memang tak ikut WBS dah.. Tapi aku cuba buat juga structured processnya sebab aku kene siapkan juga web EasyRoadTax ni dalam masa dua hari. Untuk web Fauzi.net, biarkan orgnya buat sendiri. haha! jgn mara aa..

Kisah gua dengan makwe gua

Gua dulu ada seorang makwe. 3 tahun kami kapel.

Pada satu hari gua fikir elok juga gua amik makwe gua dari sekolah. Boleh deting lama lama memandangkan dulu tiada henpon. Gua pun pergi amik makwe gua dekat sekolah dia.

Sampai sekolah, makwe gua terus masuk kereta duduk depan. Gua jeling makwe gua tak berkelip.

“Lu apahal duduk depan? lu turun balik lu duduk belakang sekarang! Gua lempang juga kang!”

Makwe gua terus keluar dan tak datang datang. Selepas pada itu kami berpisah cara baik dan beradat.