Category Archives: Diari

Peta

Sabtu lepas gua pergi Batu Pahat. Pergi ke 7 Day Express Hotel ikut navigasi Google Maps.

Ko tahu gua sampai mana? Google Map bawak gua ke lombong kuari.

Apahal peta Lahad Datu lagi up-to-date berbanding Batu Pahat Google? Apahal?

Trend

Ko punya sistem dulu kod dasarnya mudah faham. Selok belok sekuriti dari 0 sampai Z ko tahu. Saiz keseluruhan jangan cerita, cuma 500kb ++.

Lepas tu nak tukar Laravel. Namespace pun ko kurang atau mungkin tak faham. Belum masuk PSR. Saiz pulak 40mb++.

Moden.. Moden..

Posted from WordPress for Android

Masa itu permata

Tadi gua pergi Klinik Kesihatan Percin 9. Saja buat pemeriksaan. Lepas proses pendaftaran gua pandang jam. 9.18 pagi.

Kemudian gua dipanggil berjumpa doktor pada jam 11 pagi. Bukan main lama lagi kena tunggu.

Gua masuk bilik jumpa doktor. Tak sampai dua minit gua dah keluar.

Dua minit brader, dua minit.

Posted from WordPress for Android

Lesen

Lisence

Suka suki ko kata kitaorang buang link hak cipta dekat https://sistem.jpa.gov.my/maklumbalas/

Kita orang beli lesen ko apa tau. Kakaka

Aku sekarang pun tengah develop sendiri punya Sistem Maklum Balas. Berasaskan Laravel. Entah boleh pergi ke tidak kita tengok.

Pelbagai Bahasa

Multi language

Satu URL, dua kandungan berbeza. Rugi.. rugi.. Betul lah dalam dunia SEO kandungan yang sama dengan bahasa yang berbeza di kira bukan salinan. Ini bagus. Tapi enjin carian akan redirect ke URL yang sama.

Sepatutnya bila Portal/Laman Web bagi pilihan pelbagai bahasa, jangan guna URL yang sama. Itu tipu (guna sesi, kuki).

Contoh: http://www.oh.gov.my mempunyai 2 bahasa. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu (URL): http://www.oh.gov.my

Sepatutnya bila pilih Bahasa Inggeris URL: http://www.oh.gov.my/en atau http://en.oh.gov.my

Guna URL query string pun tak seberapa elok sebenarnya (index.php?lang=ms). Cuba raw W G E T apa dapat?

Kucar-kacir LD

Minggu ni gua tengok kampung aku entah dah jadi macam apa. Kucar-kacir. Padahal isu ni dari dulu lagi gua dengar dah ada. Gua ingat hangat sebab dekat pilihanraya. Pasukan dari loreng hijau sampai ke loreng hitam semua ada. Gua dengar stesen minyak macam markas perang. Aku dengar la..

Tapi yang gua tak tahan ada satu video dekat Youtube pasal tembak-menembak di LD yang dikaitkan dengan isu sekarang. Kahkahkah! Gua malas masuk campur. Elok gua pekena tidur.

Menggunting Rambut

Dah masuk 2013. Tak silap gua ikut kalendar Islam dah masuk bulan ke-3. Ada rabi..rabi.. juga pangkalnya mengikut perkiraan gua.

Di luar kedai, satu kumpulan yang gua yakin baru lepasan SPM baru tiba. Masing-masing keluar rokok, kemudian asap mencurah-curah keluar dari mulut masing-masing. Gua memandang wajah-wajah mereka. Mereka sedikit pun tidak merasa bersalah terhadap alam sekitar. Gua geleng kepala. Muda-muda lagi paru-paru terpaksa bekerja keras mempertahankan diri.

“Abang mau macam mana?”

Tanya brader india. Gua tak tunggu lama. Pantas gua tunjuk style rambut iras-iras Matt Damon.