Tag Archives: Raya

Silap

Gua singgah kejap dekat restoran habeeb tepi Hospital Sandakan. Gua pun order:

“Kasi roti telur 2 satu pinggan.”

“Satu piring ka?”

Tanya makwe tu balik. Gua senyum sendiri. Biasalah.. pemahaman bahasa di Sabah. Macam lu tak tahu.

“Iya..” balas gua lembut.

Lepas makwe tu beredar menyambung kerja seperti biasa, gua gelak sambil tendang meja.

Macam mana kalau gua order PUTU PINGGAN di semenanjung balik karang? Haaa? Macam mana? Macam manaaa?

Posted from WordPress for Android

Petang Yang Dramatik

Petang tadi gua baru balik dari hantar pakcik guna kereta D-Max adik gua. Gua parking depan rumah. Depan rumah gua ni jalan utama kampung keluar ke jalan besar. Agak menurun bukit.

Tarik henbrek, matikan enjin, keluar dari kereta dan pasang alarm macam biasa.

Dalam beberapa langkah D-max tu bergerak ke belakang lagi laju dari gua berjalan. Orang disekitar kedai mak gua dah riuh. Pehh.. apalagi, sepantas kilat gua kejar. Tarik pintu, cilake, alarm dah pasang. Mujurla sebagai pemuda yang tangkas dan tak panik gua seluk kunci dalam poket sambil berlari. Matikan alarm, buka pintu dan gua tarik henbrek lagi tinggi serentak pijak brek.

D-Max terhenti serta merta.

Gua pandang belakang lagi 10 meter nak masuk jalan besar. Gua pandang henbrek yang tak lut itu sambil geleng kepala. Dramatik.. dramatik..

Posted from WordPress for Android

Balik Raya 2009

Shit!

Maki gua dalam hati tanda protes pada masa. Pagi itu entah apa hal gua kesiangan bangun 7 pagi. Sahur ikut terlajak sekali. Penerbangan 8.20 pagi. Bagaimanapun, pengalaman balik kampung selama 6 tahun kadang kala tidak balik banyak membantu mengurangkan panik dan cemas. Di bilik sebelah, @kedaitok tengah seterika baju. Gua senyum pahit. Alhamdulillah. Ada driver gua pagi itu.

Gua bantai mandi laju laju. Pakai baju yang dah sedia semalam. Siap semua, gua minta tolong @kedaitok hantar ke Putrajaya Sentral.

Setel!

Dalam kereta @kedaitok, mata gua sentiasa menjeling jam. Dari Putrajaya Sentral ke KLIA ambil masa 8 hingga 10 minit. Sekarang dah 7.20. Penerbangan 8.20.

Ah, sempat lagi. Naik MAS bukan AirAsia pun

Gua berkira kira menyedapkan hati. Satu persatu wajah keluarga bermain di minda. Semua wajah ceria tersenyum bakal menerima habuan kiriman masing masing. Ada dapat baju, seluar dan macam macam. Di sebelah pemandu, @kedaitok memaki hamun kena masuk opis awal dari sepatutnya.

Sesampainya di Putrajaya Sentral, gua ucapkan terima kasih dan cium tangan @kedaitok tanda minta maaf*.

+++

KLIA!

Tiket dan duit bertukar tangan.

Gua pandang signboard jadual perjalanan ERL. Lagi 5 minit. Yes! Timing ngam. Gua rampas tiket dan berlari ke pagar bermesin macam orang gila. Beberapa orang yang buat meeting tengah jalan gua siku buat tak tahu. Beg semalam rasa berat terasa ringan.

Kehkehkeh! Lagi 5 minit.

Gua ketawa dalam hati tanda puas seraya tengok jam dekat iPhone**. Gua ambil port baik punya. Bakar rokok.

Belum sempat gua melepas lelah dan berasa gembira, selang beberapa minit, sebuah ERL tiba di sebelah pada arah yang berlainan. Gua rasa pelik.

Ini ke KLIA kan?

Gua tanya pada mamat separuh abad sebelah gua. Dia pandang signboard. Gua ikut pandang. Cilake! Belum sempat soalan gua dijawab, gua terus angkat beg berlari selaju yang mungkin ke sebelah. Namun, gua silap. Train ERL lebih laju daripada gua. Terkebil kebil gua pandang ERL yang semakin jauh.

Gua mula cemas. Gua pandang jadual ketibaan ERL dari stesen berikutnya kemudian gua tengok jam, 7.40!. Gua geleng kepala dengan hati hancur berkecai.

Lagi 30 minit?!.

Perlahan lahan lagu Pulanglah nyanyian Aisyah bermain main di telinga. Sekali lagi, satu persatu wajah keluarga bermain di minda. Maaf zahir dan batin mak!

Nota Kaki:
*Cium tangan tu gua tipu. Boleh batal puasa dowh!
**Di ringkaskan bila sebut laju laju, I nyer phone.
Lain hari gua sambungan kesudahan tiket tu apa jadi. Gua nak tengok Momoji apa hal ketawa terkekeh kekeh dari tadi tengok Old Dog.