Tag Archives: MKN

Susah hati

Saya sungguh risau dan merasa susah hati dengan keadaan pejabat saya. Dengar cerita kena lepak tempat lain dulu untuk tempoh yang tidak diketahui.

Walaubagaimanapun, perasaan saya ini kalau diumpamakan susah hati satu. Manakala susah hati bos saya seribu. Tapi tidak dapat dilihat di mata sebagaimana biji kacang tidak dapat disukat berapa cupak atau berapa gantang.

Sementara itu, perasaan saya lain macam bila menulis guna “saya”.

Kulat

“Kontraktor ni pun satu. Buat bangunan makin cepat, makin cantik, makin mahal tapi makin celaka.”

Gua angguk-angguk kepala tanda setuju dengan animator depan gua punya art.

Betul. Gua dah lama saspek pengudaraan ekon dekat pejabat gua ni. Aras 5 dan 6 di istiharkan tidak selamat oleh DOSH. Melebihi 1000CFU per meter padu. Pekerja aras 5 dan 6 telah diarahkan bercuti. Pejabat gua belah atas tu betul betul macam pejabat kena tinggal. Dia menyerang dari semua aspek. Dari pintu, kerusi, meja, kubikel, baju, blazer mahu pun lengan orang. Kadang dia tak berapa hijau. Dia berat ke hitam. Dengar cerita pembasmian mengambil masa 3 minggu.

Gua ingat esok nak pergi cari kabel LAN le sikit. Tak pun gua nak stenbai VPN kerja dari rumah.

Dialog Jalan Raya

“Terus ja, terus!”

Arah gua pada pemandu setelah melihat lampu isyarat bertukar oren. Asri jadi serba salah.

“Ada kamera tak kat sini?”

Tanya Asri.

“Takda kot. Kalau ada pun dia cuma nampak Fauzi Jasni je. Kita bertiga tak nampak. Kulit tinted.”

Jawab Rashdan dengan penuh bertimbang rasa. Asri akur. Pedal minyak ditekan dengan bahu terhenjut-henjut menahan gelak.

Kasut Kerja

Pagi masih gelap. Angin sejuk menandakan hujan nak turun. Gua bersiap-siap dengan mata menyorot ganas minta tidur lagi. Lagi-lagi musim hujan tengah hit, kipas speed 3, selimut kelubung, tingkap buka, peh!.. memang ‘in’ tidur. Tambah pula tidur pukul 4 pagi. Tidur runcit-runcit sajalah gua. Itu pun mujur Megan Fox main miskal-miskal. Kalau tidak mahu tersasar lagi gua.

Gua sarung kemeja putih kalis kedut dan seluar yang juga kalis kedut. Tersengih sengih gua pandang baju. Habis bersiap, kipas dan lampu gua kasi off. Gelap. Kucar kacir gua capai selipar. Gua tak tahu selipar siapa. Yang gua ingat, selipar tu muncul raya tahun lepas. Pendek kata selipar raya. Tapi gua tak pakai pun pergi sembahyang raya.

Tepat pukul 6.35, gua dah berada di paras G kuarters Percint 5. Dalam poket gua ada dua kunci kereta. Satu kunci kereta Mamat Merapu, satu lagi kunci kereta gua. Memandangkan hujan dah mula turun, dan juga kedudukan kereta Mamat merapu cuma lebih kurang 5 langkah, gua hidupkan enjin kereta Proton Gentolak 1.6 kepunyaan Mamat Merapu. Malas gua kena hujan pagi pagi. Lagi pun dia balik ini hari. Elok gua jemput pakai kereta dia.

Memandu kereta bersaiz 1.6 dengan 1.5 ni lain macam dia punya feel. Sedap dan senyap je dia pergi. Boleh sangat dah kalau nak masuk berlumba. Tapi dah besar besar macam ni gua dah malas memandu laju. Dalam 60. Kadang-kadang naik 70. Sebagai pemandu yang mementingkan keselamatan dan kesejahteraan hidup, gua berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah. Tali pinggang gua ikat kemas. Suasana masih lagi gelap. Tak perlu tergesa-gesa. Hujan makin kuat. Wiper speed satu kadang kadang naik ke speed 2 dan 3. Masa menunggu lampu bertukar warna, gua pandang tie warna merah dalam kereta Mamat Merapu. Ada hati juga gua nak pakai. Bila difikirkan balik, setiap kali gua pakai tie, teman sepejabat akan berbisik sesama sendiri mengatakan gua pakai susuk. Gua batalkan niat. Gua bersiul-siul lagu Search, Setelah Hujan sambil radio tengah main lagu inggeris.

Dipendekkan cerita, gua sampai di pejabat dengan selamat. Parking pun elok je dapat dekat besmen. Bukan senang orang kebanyakan macam gua ni dapat parking dekat besmen.

***

Lepas mengetik kad, gua karate lif sampai terbelah dua. Tak pasal-pasal gua pulang semula ke rumah.

“Cilake punya kasut..”

Kata gua merenung selipar sambil terbayang kasut kerja dalam but kereta gua.