Tag Archives: Gua Juga Manusia

Berat

Dua tiga minggu kebelakangan ni gua runsing memikirkan satu masalah yang berat. Tahap beratnya cuma Tan Sri Md Nor Md Yusof atau Tan Sri Tony Fernandes saja yang boleh tolong. Kadang-kadang sampai tak cukup tidur juga gua fikir. Begitu berat sekali. Tapi pekena Dominos gua selera.

Dominos ni pun satu hal. Dah masuk dua tiga kali order alamat gua tak betul juga. Mula-mula hari tu brader Dominos tu salah aras. Lepas tu ada satu kali lagi gua order Combo Deal nombor 3 sebab ada air israel dalam itu pakej, pun salah lagi. Brader tu pergi blok bangunan lain. Gua salah cakap atau makwe sambut talipon tu pekak gua tak tahu.

Berbalik kepada masalah berat gua tadi senang cerita macam ni. Kalau tak dapat kuarters, gua rasa rasa macam nak beli satu pesawat untuk balik kampung setiap bulan. Amacam?

Terima Kasih

Gua sebenarnya pun macam tak percaya gua dah ada bini. Tapi syukur alhamdulillah. Tadi dah selamat. Walaupun akad kali pertama tadi gua macam air je tapi kena ulang dua kali.

Kepada geng geng fesbuk yang wish, yang bagi tips samada dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris, yang gua sendiri pun kadang-kadang tak paham dan tak reti nak buat macam mana. Tips pijak kaki bila dah masuk bilik tu memang gua baru dengar. Bagi lirik lagu pun ada gua tengok. Sesi karaoke esok gua ingat nak request itu lagu. Tak lupa yang bagi barang. Peh, memang rare barang lu brader! Kepada nenek yang sediakan air mandian Majeng gua. Kepada penjaga tol sebab buka pintu. Brader Sahar sebagai photographer percuma. Makcik-makcik dapur yang memberikan kata peransang dengan banyak menyakat gua. Dan ramai lagi sebenarnya.

Gua tak tahu nak kata apa. Gua nak bagitahu satu benda saja..

TERIMA KASIH!!!

Jemput datang ke rumah pada 20.11.2011. Okey la, gua nak masuk bilik kejap.

Nota Nikah: Gambar sekeping ada dekat sini

Disable Right Click – View Page Source

Disable Right Click

Dari dulu, gua banyak belajar tentang pembinaan web dari “View Source” ni. Tapi yang pastinya zaman sekarang dah banyak laman yang disable right click. Apahal brader? Dekat internet pun nak main sorok-sorok ke? Yang lagi teruk, saja suka-suka disable. Macam cilake perangai.

Lagi satu berkenaan dengan “minify” skrip (CSS, JS..). Biasalah, seboleh mana kita nak deliver kod yang mana saiz paling minima. Bukan tak ada online decompress. Banyak.. Cuma kalau boleh stenbai full versi punya. Contoh kalau developer lain nak belajar sesuatu dari style-1ad2dfe.css dia boleh akses dengan hanya menaip style-1ad2dfe.full.css ke style-1ad2dfe.src.css ke atau pakai lah mana-mana nama konvensyen yang sesuai. Amacam licik tak? Banyak pula cekadak..

Kalau tak nak semua apa yang ada lah. Lepas tu tulis senarai skrip yang minify tu dekat “humans.txt” ke atau kat mana-mana tempat sesuai. Baru lah proses pembelajaran tu berjalan. Tak pun semua browser masa depan nanti ada opsyen nak kasi unminified semula. Peh.. power! power!

Optimism

Habis saja mesyuarat petang Jumaat, gua lepak pejabat. Perjumpaan dengan penyelia projek petang tu gua dah batalkan. Di pejabat, gua buat apa-apa yang patut mengikut kadar rokok. Oleh kerana kadar rokok banyak, lama juga gua lepak. Sama macam mula mula masuk kerja dulu. Kalau rokok ada dalam sebatang, sikitlah gua buat kerja selepas waktu pejabat. 2-3 tahun kebelakangan ini gua dah kurang scene lepak pejabat lama-lama.

Sambil sambil tu gua bancuh Teh O. Teh O gua beli sendiri tapi gula, gua bantai dalam pantri. Sapa punya gua tak tahu. Gua dah minta. Hari raya nantilah gua minta halalkan. Gua ikhlas. Kalau jumpa susu, gua senyum bukan main suka. Cuma ada sekali gua tersilap terbancuh Teh O dengan garam. Gua ingatkan gula. Bersembur bila minum. Tak patut betul dia punya rasa.

Dah habis buat apa yang patut, gua buat benda yang tak patut. Gua usha-usha blog lebih kurang. Komen-komen spam gua biarkan, tahulah dia erti bosan nanti. Gua ingat nak kasi sentuhan HTML5 dengan CSS3 dekat ini blog. Nak ikhtiar hidup pada masa sekarang ni dengan teknologi mencabar memang perlu. IPhone muncul teknologi paparan web tukar. Android muncul, tukar lagi, IPad muncul.. Rasa macam celaka asyik tukar rekabentuk. Ini satu perkara yang tidak sihat. Baik gua fikirkan rekabentuk web yang responsif. Tak payah nak fikir lagi jenis mobile browsing. Tak payah fikir nak separated domain. Fleksibel fluid dan fleksibel imej. Barulah king of responsive web design!

Baru gua nak start buat kajian. Momoji telefon ajak lepak kedai Cik Noor. Tak elok juga kalau gua tolak. Nanti apa pula kata Persatuan Juruteknik Malaysia dan Persatuan OS Symbian.

Sampai DPP, kedai Cik Noor kensel sebab warung Abg hanif buka. Minum makan gua datang secara auto. Habis makan pung pang pung pang rokok sebatang dua. Apa gila sembang paru paru kosong? Sambil sambil tu kasi repair sikit leptop Abg Hanif. Dia kata Firefox dia rosak. Gua geleng kepala bila dia panggil “Monzilla” Firefox . Tak boleh nak akses Youtube. Bila buka, gua geleng kepala lagi sekali. Banyak betul plugin-plugin yang tidak sepatutnya untuk seorang peniaga warung. Plugin berat ke porno. Anak saudara dia selalu guna katanya. Mana pakcik makcik yang ada anak, jangan kasi main leptop suka hati. Jangan kasi main Fesbuk. Fesbuk ni jahat mengalahkan hantu kopek. Yang cikgu cikgu kalau ada anak murid yang buka fesbuk time makmal, baik tampar awal awal. Bahaya.

Selesai makan, gua kasi sentuhan baru dekat rambut, janggut dan misai dekat kedai gunting DPP. Kebetulan esok sabtu. Gua cuti. Kebelakangan ini gua memang tidak berselera mempunyai misai dan janggut. Tapi tak semestinya tak rokes brader.. Cuba lu orang tengok Amy Search tu..

Apabila gua yakin solid dan garing, gua sikat rambut guna jari. Gua pandang cermin kiri dan kanan. Di sebelah gua, kebetulan Momoji juga sedang dicukur rambutnya. Dengan baju pejabat masih tak tukar dari pagi gua tanya dengan yakin.

“Amacam..? Ada macam Johnny Depp tak gua..?”

p/s: Okey, gua tipu…tapi gua rasa jauh di sudut hati, dia akui..

Kucar kacir

Masuk minggu ke-2 ni, gua cukup tidak produktif. Barai. Hari hari bangun lewat. Hari hari tidur gua tersasar. Tidur entah ke mana. Makan nasi entah bila. Dingin pagi burung berkicauan tak pernah dapat. Kain baju kotor dah tinggi melonggok. Blog pun gua dah lupa gua ada blog. Kad ketik memanjang merah. Datang kerja dalam keadaan serabai dan liar. Pakaian gua jangankan sembahyang, masuk bank pun mendatangkan buah mulut orang. Sistem pun gua acuh tak acuh. Sentuh sikit lepak, sentuh sikit rokok, sentuh sikit tak menjadi. Boss juga dah mula mempertikaikan kebolehan gua bersistem.

Ini semua gara gara Xperia X10. Cilakak punya Android..

Kerjaya

“Tak balik lagi?”

Tanya sorang makwe Sarawak jalan berlenggang mahu pulang.

Gua jawab geleng-geleng kepala dengan senyuman paling menawan. Senyuman ada isi orang kata. Siti kalau tengok boleh jadi minta cerai. Setelah berbalas-balas senyuman dan berbual apa yang patut, makwe Sarawak segera meneruskan langkahnya. Waktu tidak mengizinkan untuk dia berbual panjang dengan gua.

Diorang masih hijau lagi. Tak paham kerjaya gua. Sebenarnya gua tengah buat satu kerja. Betul-betul berat punya kerja. Profesor pun belum tentu boleh faham kerja gua. Power punya kerja.

Gua tengok jam pada kompiter..7:28 PM

Tiba-tiba perut gua lapar. Hampir-hampir gua berdoa nak jadi anai-anai.

Maybank

Cuaca Putrajaya tak seberapa terik. Berjerebu tapi berangin. Memang sesuai budak-budak kurang kasih sayang main pasir time macam ni. Gua pecut ke Maybank percint 3 dengan perut makin bising. Sebenarnya gua kena cirit-birit level 3 sejak subuh.

Lebih kurang 1.15 gua sampai. Petak petak parking depan mebeng semuanya tak boleh diharap. Kerap kali gua ditipu kancil. Nampak macam kosong. Sedap-sedap dah bukan main style ambik side nak masuk parking hek eleh baru itulah nak tunjuk dia punya lampu belakang. Gua ambil keputusan park dekat belakang Maybank. Jauh sikitlah tapinya.

***

“Saya nak buat pemindahan dari ASB ke akaun Maybank”.

kata gua sambil letak buku “Ting!” atas meja kaca.

“Encik isi borang keluar ASB ni, kemudian isi borang simpanan dekat kotak satu tu”

Jawab makwe Maybank hitam manis dengan tangan kanan menunjuk kotak borang simpanan dibelakang gua.

Tanpa buang masa gua isi kedua-dua borang. Kalau borang simpanan okeyla juga. Sikit saja nak isi. Kalau borang pengeluaran, peh! macam tak nak bagi keluar duit! Perangai macam parking. Sambil mengisi borang mata gua liar memandang betis betis makwe yang sesekali melintas. Agar tidak kantoi, gua mengawal mata dengan licik menggunakan formasi borang-betis-henpon, borang-betis-henpon-betis-borang-betis-henpon, borang-betis-kaunter clear table-betis-henpon-betis-borang secara bersahaja. Mungkin ini yang dikatakan adab dan kesopanan masyarakat melayu dalam apa jua bidang.

Siap isi borang gua bergegas ke kaunter. Palui! masa tu jugak orang nak ramai. Gua bukannya into sangat beratur panjang ni tapi apa boleh buat, gua ikut beratur. Sampai giliran gua, gua tunjuk buku beserta borang yang telah diisi.

“Kaunter dah tutup encik…masa lunch”.

kata makwe kaunter tadi bersahaja.

Makwe tak makwe. Gua tumbuk muka makwe kaunter sehingga terpelanting ke belakang. Darah bersembur keluar dari hidung dan mulut makwe kaunter. Kemudian dengan tenang gua start kereta pergi kedai makan DPP. Sampai DPP gua duduk depan tv.

“Cilakak! Cakap awal-awalkan senang”.

Getus hati gua tanda tak puas hati. Gua order nasi ayam penyet satu.

Nota Kaki: Ayat dibengkokkan mengandungi unsur-unsur penipuan.

Selsema Serangga

Gua tengah tengok filem lama. Filem Puteri Gunung Ledang dekat leptop dalam bilik. Bilik gelap. Filem borak pasal sultan, puteri, laksamana dan gunung. Gua benar benar fokus. Banyak juga puitis yang gua tak dapat tangkap. Mungkin gua ada masalah dengan ingatan. Mungkin juga filem ni susah nak diingat. Lagi satu mungkin gua patut pergi Kursus Menangani Senggugut. Kehkehkeh!

Sedang mata fokus ke arah Laksamana Hang Tuah yang baru tiba menyambut kedatangan Gusti Adipatih, seekor serangga kecil berterbangan disekitar wajah gua. Ciri macam lalat tapi kecil sedikit dan perlahan dari segi kelajuan. Gua tidak mengendahkannya. Gua masih fokus terhadap leptop. Kadang kadang dia berterbangan di sipi sipi mata. Gua masih tenang. Dia beraksi pula di tepi bibir. Gua abaikan saja.

“Kalau bukan kerana baginda sultan Melaka, sudahku cincang kau!”

Murka Adipatih kepada Hang Tuah.

“Kehkeh.. boleh tahan juga lakonan Alex Komang ni..”

Kata gua di dalam hati sambil tersengih sengih.

Tiba tiba gua bingkas bangun dan kerusi yang elok gua duduk tadi, gua terajang. Adipatih di kaca leptop gua pandang geram. Baran gua automatik bertukar turbo. Dah takde tempat lain ke kau nak masuk serangga..!!?

“Celaka..!!”

Bentak hati gua dengan panas membara sambil mengorek-ngorek hidung mencari sesuatu..

Sampai sekarang gua selsema lagi.