Tag Archives: EPW

Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar

Kemaskini :

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dikekalkan pelaksanaan di bawah Sistem Saraan Malaysia ekoran pembatalan SBPA.

Mengikut kepada para 50, Pekeliling SBPA (PP112011), terdapat empat bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), Bayaran Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.

Maknanya, bayaran insentif akan dibayar mengikut kepada gaji pokok yang terakhir dalam SSM. Bukan dikadarkan kepada SBPA. Kalau diikutkan gaji pokok SBPA lagi besar. Memetik kata-kata KPPA, SBPA merupakan langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi menyusun semula skim dan gred. Bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off.

Merujuk kepada perbekalan 2012, duit yang diperuntukkan untuk SBPA terhad. Jadi sebab itu gua rasa fasa SBPA ni untuk membetulkan masalah gaji dulu. Nak kaji keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam. Nak kaji skim yang ada masih relevan. Dan sebagainya. Bila semua dah betul dan tersusun, kajian pun selesai, barulah penambahbaikan skim-skim perkhidmatan boleh dibuat. Baru boleh ejas supaya kenaikan tu padu.

Berbalik kepada BIW tadi, SBPA (Umum dan Pendidikan) kalau perasan dalam setiap para ada mengatakan, sebarang pindaan kepada peraturan pelaksanaan mengenai pemberian elaun dan bayaran insentif serta skop pemakaiannya akan dikeluarkan secara berasingan. Maknanya, akan ada Surat Pekeliling dikeluarkan berkaitan dengan Lampiran E ni.

Sabar.

Sampai bilakah sabar itu mampu bertahan?

Elaun Pegawai Yang Bertukar Wilayah

Gua cuma ada satu perkara nak cakap. Pasal elaun yang layak bagi pegawai perkhidmatan awam yang memenuhi tafsiran “pegawai yang bertukar wilayah”. Tak kisahlah asal Semenanjung, Sabah, Sarawak atau labuan. Apa? tafsiran pegawai yang bertukar wilayah tak tahu? Baca perenggan tafsiran. Gua malas cerita panjang.

Orait, pegawai perkhidmatan awam yang memenuhi tafsiran “pegawai yang bertukar wilayah” layak diberikan  kemudahan berikut:

  1. Bayaran Insentif Wilayah (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007);
  2. Tambang Mengunjungi Wilayah Asal (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008);
  3. Elaun Perumahan Wilayah (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001);
  4. Elaun Gangguan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988);
  5. Tambang Ehsan (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1978); dan
  6. Tambang Mengiringi Jenazah Pegawai (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003).

Gua sertakan sekali pekeliling yang perlu dirujuk. Pandai-pandai lu orang cari sendiri. Takkan itu pun gua nak ajar.

Selain itu, Elaun Gangguan (EG) kepada pegawai yang memenuhi takrifan bertukar wilayah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988 adalah dibayar pada kadar sebulan gaji hakiki pegawai ketika bertukar balik ke wilayah asalnya.

Nota Tambahan:
Jika guna Firefox, select tajuk pekeliling, right klik dan pilih Search for “…

Bayaran Insentif Wilayah

Artikel ini telah diubah suai merujuk kepada BIW terkini iaitu Lampiran G, PP. Bil. 7/2007.

Bayaran Insentif Wilayah (BIW) adalah bayaran insentif kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah. Pegawai yang bertukar wilayah adalah seperti kelayakan di bawah.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan atau ditempatkan di Semenanjung atau
  2. Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak atau
  3. Pegawai dari Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu.

Kadar Bayaran

Lingkungan Gaji % daripada gaji yang diterima
RM5565.61 dan ke atas 12.5
RM3566.05 – RM5565.60 15
RM1783.84 – RM3566.04 17.5
RM1176.76 – RM1783.83 20
RM841.90 – RM1176.75 22.5
RM841.89 dan ke bawah 25

Pegawai yang berkelayakan untuk dibayar Elaun Wilayah




  • Pegawai yang telah dilantik Tetap
  • Guru sandaran Terlatih

Dokumen sokongan yang diperlukan

  • Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa Pegawai
  • Sijil Kelahiran Pegawai
  • Surat akuan Sumpah
    (Bagi tujuan mengistiharkan wilayah yang dipilih samada mengikut wilayah asal ibu atau wilayah asal bapa)

Rujukan

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988 – Elaun Wilayah Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Yang Bertugas Di Sabah/Sarawak Dan Elaun Gangguan bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 – Elaun-Elaun Dan Kemudahan-Kemudahan Bagi Pegawai-Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996 – Pelarasan Saranan Anggota Sistem Saraan Baru 1995
  4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001Lampiran G, Pelarasan Gaji 10% Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Baru
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia
  6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007Lampiran G, Pemberian kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Biarkan Si Sabahan terjun dengan EPWnya

Kemaskini 30 Jan 2012:
Sila baca komen Tangkai Jering berkenaan status ITP, ITP/EPW layak bagi suami/isteri yang menduduki rumah kerajaan, pegawai bercuti tanpa gaji, pegawai yang membeli rumah dalam stesyen pegawai berkhidmat dengan pinjaman perumahan kerajaan dan pegawai yang menghadiri kursus.

Kerja kerajaan kau? Asal mana? Mana kau posting? Semenanjung? Sabah? Sarawak? Labuan? Kau dapat EPW la ni kan? Kaya la kau ni?

Lu orang jangan bangga sappo’! Kahkahkah!!!

Jika dikira dari satu sudut, lebih kurang sebenarnya. COLA+ITP = EPW. Gua ambil contoh perkiraan EPW pegawai sokongan II (Gred 27-40) berasal dari Sabah/Sarawak yang ditempatkan disemenanjung. Sekitar RM400-500. Berbanding pegawai yang berasal dari semenanjung di tempatkan di Sabah. Sekitar RM800-RM1000.

Gua bukan apa. Namanya kan bantuan. Syukur ada juga. Cuma kadang kadang terfikir, harga barang hampir sama. Kalau diikutkan kadar rumah sewa, bapak lagi murah dekat Sabah tu. Belum masuk makanan lagi. Masa gua prektikel dekat RTM Tawau, makan tengahari gua (lauk ikan) RM1.50 sekali dengan minuman! Di semenanjung lagi lagi di lembah klang lu orang dapat makan apa dengan RM1.50?

Nescafe ais dekat Azu Maju Desa Pinggiran Putra pun tak lepas! Kahkahkah!

Jumlah tersebut amat jauh berbeza. Realiti kos sara hidup termasuk sewa rumah di Semenanjung ini lebih tinggi dari Sabah dan Sarawak. Apakah rasional perbezaan? Di sebelah pihak yang satu lagi tampak elaun wilayah lebih merugikan sebab sesiapa yang mengambil EPW memilih BIW tidak layak untuk diberi mendapat COLA. Malah di tahap sesuatu gaji (Sokongan II [27 – 40]) EPW dia lebih rendah daripada elaun COLA, walhal kawan dia mempunyai gaji pokok yg sama.

Apa benda EPW itu? Pada tahun 1987, Kerajaan mencadangkan kemudahan Had Kadar Sewa Rumah bagi pegawai yang bertukar wilayah dan kemudiannya dilaksanankan pada 1 Januari 1988. Bagaimanapun pada 2001, kerajaan telah menyemak semula peraturan dan pelaksanaan kemudahan tersebut dan memutuskan supaya ia diganti dengan pemberian Elaun Perumahan Wilayah atau nama manjanya, EPW.

Siapa yang layak? Pegawai yang bertukar Wilayah layak diberi EPW. Elaun ini tidak melibatkan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001, ‘pegawai yang bertukar wilayah‘ bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak. Manakala Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2005 menyatakan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya Labuan ditakrif sebagai wilayah berasingan dari Sabah.

Takrifan ‘berasal‘ pegawai pula adalah merujuk kepada wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai seperti yang dinyatakan melalui Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.

Apa apahal untuk maklumat lanjut lu baca dekat rujukan yang gua sertakan. Termasuk kadar bayaran elaun. Gua juga berterima kasih kerana EPW tidak lagi termasuk dalam perkiraan cukai pendapatan tahunan.

Kesimpulannya, sila kaji semula EPW! Kahkahkah!!

Rujukan:

  1. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2001 – Elaun Perumahan Wilayah Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  2. Kadar Bayaran EPW
  3. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2007 – Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup.
  4. Kadar ITP