Tag Archives: BIW

Bayaran Insentif Yang Ditambatkan Kadar

Kemaskini :

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dikekalkan pelaksanaan di bawah Sistem Saraan Malaysia ekoran pembatalan SBPA.

Mengikut kepada para 50, Pekeliling SBPA (PP112011), terdapat empat bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), Bayaran Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011.

Maknanya, bayaran insentif akan dibayar mengikut kepada gaji pokok yang terakhir dalam SSM. Bukan dikadarkan kepada SBPA. Kalau diikutkan gaji pokok SBPA lagi besar. Memetik kata-kata KPPA, SBPA merupakan langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi menyusun semula skim dan gred. Bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off.

Merujuk kepada perbekalan 2012, duit yang diperuntukkan untuk SBPA terhad. Jadi sebab itu gua rasa fasa SBPA ni untuk membetulkan masalah gaji dulu. Nak kaji keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam. Nak kaji skim yang ada masih relevan. Dan sebagainya. Bila semua dah betul dan tersusun, kajian pun selesai, barulah penambahbaikan skim-skim perkhidmatan boleh dibuat. Baru boleh ejas supaya kenaikan tu padu.

Berbalik kepada BIW tadi, SBPA (Umum dan Pendidikan) kalau perasan dalam setiap para ada mengatakan, sebarang pindaan kepada peraturan pelaksanaan mengenai pemberian elaun dan bayaran insentif serta skop pemakaiannya akan dikeluarkan secara berasingan. Maknanya, akan ada Surat Pekeliling dikeluarkan berkaitan dengan Lampiran E ni.

Sabar.

Sampai bilakah sabar itu mampu bertahan?

Bayaran Insentif Wilayah

Artikel ini telah diubah suai merujuk kepada BIW terkini iaitu Lampiran G, PP. Bil. 7/2007.

Bayaran Insentif Wilayah (BIW) adalah bayaran insentif kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah. Pegawai yang bertukar wilayah adalah seperti kelayakan di bawah.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan atau ditempatkan di Semenanjung atau
  2. Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak atau
  3. Pegawai dari Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu.

Kadar Bayaran

Lingkungan Gaji % daripada gaji yang diterima
RM5565.61 dan ke atas 12.5
RM3566.05 – RM5565.60 15
RM1783.84 – RM3566.04 17.5
RM1176.76 – RM1783.83 20
RM841.90 – RM1176.75 22.5
RM841.89 dan ke bawah 25

Pegawai yang berkelayakan untuk dibayar Elaun Wilayah




  • Pegawai yang telah dilantik Tetap
  • Guru sandaran Terlatih

Dokumen sokongan yang diperlukan

  • Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa Pegawai
  • Sijil Kelahiran Pegawai
  • Surat akuan Sumpah
    (Bagi tujuan mengistiharkan wilayah yang dipilih samada mengikut wilayah asal ibu atau wilayah asal bapa)

Rujukan

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988 – Elaun Wilayah Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Yang Bertugas Di Sabah/Sarawak Dan Elaun Gangguan bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 – Elaun-Elaun Dan Kemudahan-Kemudahan Bagi Pegawai-Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996 – Pelarasan Saranan Anggota Sistem Saraan Baru 1995
  4. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001Lampiran G, Pelarasan Gaji 10% Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Baru
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia
  6. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007Lampiran G, Pemberian kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia