AC Milan – Napoli
Sebelum mula kita gelak dulu mengenang kekalahan Liverpool dan Arsenal. Liverpool tewas 1 – 3 kepada West Ham manakala bagi Carling Cup, Arsenal diberi 1 – 2 oleh Birmingham. What a predicament!!
Pagi esok, 1 Mac 2011 merupakan pertembungan tempat pertama dan kedua pasukan terhebat dalam carta liga Serie A, AC Milan dan Napoli. Pertembungan ini dianggap penting bagi menentukan siapa menyanyi, siapa menangis, malam indah buat Milan atau buat Napoli. AC Milan berpengalaman dalam menjulang sebanyak 17 trofi Serie A manakala Napoli sebanyak dua kali. Inter Milan? Tolak tepi.
Bertandang ke Stadium San Siro yang merupakan kubu kuat Rossoneri, Napoli perlu berhati hati kerana ianya akan memberi kesan yang besar kepada pendahulu Serie A.
Di atas kertas, kedua dua pasukan dalam keadaan top form. Napoli beraksi cemerlang dalam tiga perlawan sebelum ini (3 straight menang) manakala Milan hanya seri dua kali pada tiga perlawanan sebelum ini. Bagaimanapun jika dilihat dari 5 perlawanan sebelum ini, Milan menang 3 dan seri 2 kali, sementara Napoli menang 4 kali dan kalah sekali. Jadi, posisi kedudukan kedua dua pasukan cukup rapat.
Apa apa pun di harap Robinho, Ibrahimovic dan Pato dapat mencetak gol lebih banyak esok. Kalau tidak gua kena tutup muka bila jumpa @kedaitok atau Momoji.
Predikdi: AC Milan 3 – 1 Napoli
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “AC Milan – Napoli,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 28.02.11 / 12pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Seria A