Petang Yang Dramatik

Petang tadi gua baru balik dari hantar pakcik guna kereta D-Max adik gua. Gua parking depan rumah. Depan rumah gua ni jalan utama kampung keluar ke jalan besar. Agak menurun bukit.

Tarik henbrek, matikan enjin, keluar dari kereta dan pasang alarm macam biasa.

Dalam beberapa langkah D-max tu bergerak ke belakang lagi laju dari gua berjalan. Orang disekitar kedai mak gua dah riuh. Pehh.. apalagi, sepantas kilat gua kejar. Tarik pintu, cilake, alarm dah pasang. Mujurla sebagai pemuda yang tangkas dan tak panik gua seluk kunci dalam poket sambil berlari. Matikan alarm, buka pintu dan gua tarik henbrek lagi tinggi serentak pijak brek.

D-Max terhenti serta merta.

Gua pandang belakang lagi 10 meter nak masuk jalan besar. Gua pandang henbrek yang tak lut itu sambil geleng kepala. Dramatik.. dramatik..

Posted from WordPress for Android

Kejat

Pada suatu petang yang harmoni.. satu sms telah masuk..

Bos: kamu tahu tak pasal penyejatan 30% ni?

Gua pun reply dengan pantas dan ringkas

“Tahu”

15 minit kemudian bila senyap tak ada balasan, gua cek sms semula.

Setan. Dia jadi “Tahi”.

Posted from WordPress for Android

Produktif

Orang lama dan orang baru masing-masing berkepentingan. Takkan nak buat santan guna kelapa muda, ye dok? Kalau haus memang cari yang ‘muda’ solusinya. Orang muda ideanya baru. Perlu dicuba. Cuma yang tua, bila sampai masa ranumnya, jangan lupa cara giliran gugur ke bumi. Peh, bergeliga juga kepala otak gua ni. patutnya gua jadi menteri. Kahkahkah!

“Suara muda pencetus gerak, haloba tua penghalang tindak”

– A. Samad Said

Tambang Mengunjungi Wilayah Asal

Ramai kerani HR tak tahu mende ni nak kira macam mana. Langkah mudah diorang kata kena cukup setahun.

Perenggan 4 (f) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 22 Tahun 2008,

kemudahan ini diberi sekali dalam tempoh satu tahun perkhidmatan pegawai di wilayah penempatan

Pengiraan macam kes di bawah:

Tarikh berkhidmat: 29/9/2005.

Katakanlah dalam tempoh 29/9/2011 hingga 29/9/2012 pegawai pernah ambil sekali. Katakan lagi pegawai tu ambil pada 22/8/2012 (bulan 8).

Ini bermakna pegawai itu BOLEH lagi sekali mengambil Tambang mengunjungi Wilayah Asal bermula pada tarikh 30/9/2012 bagi tempoh 29/9/2012 hingga 29/9/2012.

Creative Industry Lifelong Learning Programme (CILLP)

Apa benda CILLP ni?

CILLP ni sebenarnya adalah salah satu Skim Biasiswa dan Latihan dalam bidang multimedia kreatif. Ya, biasiswa. Tawaran ini adalah dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Multimedia Development Corporation (MDeC).

Jadi kalau rasa-rasa tak dapat pinjaman (JPA /PETRONAS contohnya) dan berminat dalam bidang kreatif boleh la mohon. Permohonan sepanjang tahun. Maksudnya setiap bulan akan buat mesyuarat untuk memproses permohonan.

Setakat Jumaat lalu diberitahu ada dalam 20 orang telah dihantar keluar negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.cill.my atau hubungi support@cill.my untuk sebarang pertanyaan.

PSD Docs

Gua tengah setup statik XML untuk semua pekeliling, surat pekeliling, surat edaran, dan macam macam dokumen lagi. Simple punya XML. Betul-betul punya simple. Budak tadika pun boleh faham.

Dalam tu cuma ada nama fail, size, url dan sha1 punya checksum.

Pehh.. Dah boleh jadi API dah ni..

Apa yang paling kita nak, itulah yang susah kita dapat