Menggunting Rambut

Dah masuk 2013. Tak silap gua ikut kalendar Islam dah masuk bulan ke-3. Ada rabi..rabi.. juga pangkalnya mengikut perkiraan gua.

Di luar kedai, satu kumpulan yang gua yakin baru lepasan SPM baru tiba. Masing-masing keluar rokok, kemudian asap mencurah-curah keluar dari mulut masing-masing. Gua memandang wajah-wajah mereka. Mereka sedikit pun tidak merasa bersalah terhadap alam sekitar. Gua geleng kepala. Muda-muda lagi paru-paru terpaksa bekerja keras mempertahankan diri.

“Abang mau macam mana?”

Tanya brader india. Gua tak tunggu lama. Pantas gua tunjuk style rambut iras-iras Matt Damon.

Berborak dengan EO

“Bukan tak power duduk jauh ni. Power tu power..”

Dunhill disedutnya dalam-dalam. Memuncungkan bibir menjadikan asap berkepul-kepul membentuk bulatan. Sambil merenung asap kemudian sebati dengan awan yang mulai mendung. Gua menanti penuh harapan.

“.. tapi lama-lama simpan boleh jadi keju”

Gua jadi kelu.

Posted from WordPress for Android

Iklan

Jalan cerita sama macam iklan raya burung murai. Cuma bezanya dah jadi generasi seterusnya. Anak dah jadi bapa. Bila anak tu tanya burung apa, bapa dia jawab:

“Burung twitter”.

Power juga iklan gua ni.

Posted from WordPress for Android

ICrap

“Aku lagi rela cari batu, cat warna putih kemudian berlagak seolah-olah boleh membuat phone call daripada membeli iCrap”.

Gua geleng kepala dengar stetmen jujur. Salah siapa ni? Salah siapa?

Posted from WordPress for Android

Silap

Gua singgah kejap dekat restoran habeeb tepi Hospital Sandakan. Gua pun order:

“Kasi roti telur 2 satu pinggan.”

“Satu piring ka?”

Tanya makwe tu balik. Gua senyum sendiri. Biasalah.. pemahaman bahasa di Sabah. Macam lu tak tahu.

“Iya..” balas gua lembut.

Lepas makwe tu beredar menyambung kerja seperti biasa, gua gelak sambil tendang meja.

Macam mana kalau gua order PUTU PINGGAN di semenanjung balik karang? Haaa? Macam mana? Macam manaaa?

Posted from WordPress for Android

Petang Yang Dramatik

Petang tadi gua baru balik dari hantar pakcik guna kereta D-Max adik gua. Gua parking depan rumah. Depan rumah gua ni jalan utama kampung keluar ke jalan besar. Agak menurun bukit.

Tarik henbrek, matikan enjin, keluar dari kereta dan pasang alarm macam biasa.

Dalam beberapa langkah D-max tu bergerak ke belakang lagi laju dari gua berjalan. Orang disekitar kedai mak gua dah riuh. Pehh.. apalagi, sepantas kilat gua kejar. Tarik pintu, cilake, alarm dah pasang. Mujurla sebagai pemuda yang tangkas dan tak panik gua seluk kunci dalam poket sambil berlari. Matikan alarm, buka pintu dan gua tarik henbrek lagi tinggi serentak pijak brek.

D-Max terhenti serta merta.

Gua pandang belakang lagi 10 meter nak masuk jalan besar. Gua pandang henbrek yang tak lut itu sambil geleng kepala. Dramatik.. dramatik..

Posted from WordPress for Android

Apa yang paling kita nak, itulah yang susah kita dapat