Earth Hour: Hanya sekadar sambutan?

Earth Hour: Parody [imej daripada sini]

Bermula pada tahun 2007 di Sydney, Australia. Setiap Sabtu minggu pertama dalam bulan Mac. Konsepnya mudah, matikan semua lampu dalam masa sejam. Duduk dalam gelap hirup udara sikit sikit. Kalau takut sorang sorang pergi keluar ikut kawan kawan. Ke mana bang, semua tempat gelap? Pergi ke Sub Stesyen TNB. Dekat situ terang benderang.

Gua bukan tak support program ni, gua support. Walaupun bukan hari Earth Hour gua implimen kurangkan penggunaan eletrik. Tanya member member rumah gua, cuma laptop saja yang on. Lampu semua tutup. Secara personalnya pada gua Earth Hour ni cuma simbolik. Tak perlu buat sambutan kalau kita faham mesej yang disampaikan.

Kalau ikutkan Earth Hour, ramai yang guna lilin. Satu lampu bulp 60W menghasilkan sekitar 800 lumens (lm), manakala lilin menghasilkan sekitar 13 lumens. Maksudnya, kekuatan cahaya 62 lilin bersamaan dengan 1 lampu bulp energy saving light. Pembakaran lilin ni, berapa banyak CO2 diperlukan? Tidak pernah pula gua ukur. Baru satu, kalau banyak? Earth Hour disambut, maka ramai yang guna lilin pada masa yang sama. Belum cerita lagi bencana guna lilin.

Semasa Earth Hour dah tentu kawasan gelap. Bila gelap, masalah sosial pasti berlaku. Sedar sedar rim kereta hilang, motor pula hilang tinggal rim dan tayar. Mana kes pecah rumah lagi.

Kesimpulannya, yang nak sambut, sambut..tapi jangan paksa orang yang tak nak sambut. Yang tak nak sambut, sudah..jangan paksa yang nak sambut. Yang penting, mesej kesedaran Rumah Hijau itu sampai. Bagi yang sambut Earth Hour nanti, hidupkan alarm kereta barang sepuluh minit, hidupkan rukun tetangga, simpan nombor telefon pihak berkuasa di tempat lu orang. Tak perlu merayau rayau guna kenderaan, makin banyak CO2. Kalau betul betul nak tingkatkan kesedaran tentang global warming, ada banyak, antaranya:

  1. http://www.climatecrisis.net/
  2. http://www.stopglobalwarming.org/?id=11

Jadi, daripada menyambut, kenapa kita tidak bertindak? action speaks louder that words (ada unsur paksaan nih!)

Related Posts: