Kualiti video

Mengenali format dan kualiti video berdasarkan nama fail.

Bila anda memuat turun video dari Internet, nama fail sering mengandungi nama yang sukar untuk difahami. Apa bangang buat nama fail panjang-panjang macam tu? XviD, HDTV, LOL, HR, BamHD, AC3 5.1, CTU – Apa maksudnya? Ok, sebenarnya dari nama fail kita sudah dapat mengetahui (selain tajuk dan episod) dari segi kualiti dan dari sumber mana video tersebut, serta siapa orang yang melakukan “salinan lanun” bagi video tersebut. Contoh nama fail video:

Contoh.Video.S01E02.WS.PDTV.XviD-Jiwang.cc.avi

Bagi mudah untuk memahami, gua cuba kalerkan setiap bahagian penting. Nama fail diatas boleh digroupkan seperti berikut:

Tajuk.Siri#Episod#.Kualiti.Sumber Video.Codec-Group Yang Merelease.Extension Fail

Tajuk
Selalunya tajuk sesuatu movie. Contohnya, Boboi Boy mungkin akan ditulis menjadi Boboi.Boy, Lord of the Rings menjadi Lord.of.the.Rings.

Siri#Episod#
Bahagian ini menentukan siri dan episod video kategori drama. Contohnya, Boboi.Boy.S01E01 bermaksud Boboi Boy Siri 1 Episod yang pertama. Alternatif lain boleh juga ditulis menjadi Boboi.Boy.1X01 atau Boboi.Boy.101.

Kualiti
Bahagian ini penting sebelum memuat naik sebarang video. Tak pasal-pasal nanti banyak mencarut, berjam-jam download tapi kualiti kelaut.
WS:Wide Screen, bermaksud kualiti video berada dalam nisbah 16:9 (dulu-dulu 4:3)
720p: Standard High Definition, kira puas hati tengok. Macam dekat panggung wayang (lebih baik sebenarnya).
1080i: High Definition jenis lain kualitinya sama macam 720p
Kalau dah kualiti video tahap panggung wayang, besar fail dah tentu besar panggung wayang ye tak?

Sumber Video
Bahagian ini menunjukkan sumber video diambil. Orang kebanyakan kadang-kadang tidak ambil peduli sumber video.
PDTV: Pure Digital Television
HDTV: High Defintion Televison

Sumber-sumber video ada banyak, antaranya: CAM, Telesync, DVD.R5, DvDrip, dan Blueray.

Video yang bersumberkan CAM mempunyai kualiti macam gampang. Sumbernya (video dan audio) dirakam dari panggung wayang. Itu yang kadang-kadang nampak orang berdiri la, suara penonton gelak, terpause la dan macam-macam hal.

Telesync atau singkatannya TS video bagus sikit dari CAM. Kira orang yang merakam tu guna tripod dan sumber audionya diambil terus dari plug audio video original.

Video DVD.R5 diambil daripada Region 5 DVD releases. DVD encyrption dibahagikan mengikut zon dimana Amerika zone 1, Eropah zon 2 dan zon 5 meliputi sebahagian besar Afrika, India, dan semua wilayah bekas Kesatuan Soviet. Kualiti video rendah sikit berbanding video original tetapi sangat minimal. Mungkin gelap sikit.

Kualiti video DvDrip sama seperti DVD komersial. Cuma videonya telah dikompress menggunakan codec yang paling berkualiti. Gua rekemen muat turun yang nama fail ada DvDrip.

Peh, sumber video daripada Blueray.. dah tentu kualiti tip top. Videonya dihasilkan dengan menggunakan codec yang berbeza dan lebih baik bagi mengecilkan saiz fail secara keseluruhan. Jadi, kualiti video lebih rendah dari sumber BlueRay tapi lebih baik dari DvDrip.

Codec
Codec yang terkenal antaranya Divx, Xvid, MP4, Ogg (open source format), MPEG-2 (DVD codec), Quicktime, dan ASF. Codec ini sebenarnya merupakan sebahagian peralatan atau program komputer yang mempunyai kebolehan membuat encoding atau decoding digital data stream atau isyarat. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Codec

Group Yang Merelease
Selalunya nama team yang membuat video encoded dan memuat naik ke Internet. Info dekat bahagian ini tidak relevan sangat. Mungkin dia sudah tukar team lain punya.

Extension Fail
Kebiasaannya, terdapat dua jenis format yang boleh didapati di Internet: .avi (Audio Video Interleave) dan .mkv (Matroska Video). Kualiti mkv lebih baik dari avi dan begitu juga saiz fail, mkv lebih besar kecil berbanding avi.

Kesimpulannya, kalau nak muat turun video, periksa dulu nama fail. Jangan ambil CAM atau Telesync. Sebaiknya ambil DvDrip ke atas. Baru puas hati.

Lain hari gua tulis macam mana nak dapat akaun percuma untuk fileserve, hotfile dan lain lain gudang movie.

Related Posts:

  • No Related Posts

About this entry