Check jika seseorang guna akaun Facebook lu orang?
Pernah lihat aktiviti aktiviti yang mencurigakan curiga dekat dinding fesbuk? Bukan lu orang yang pos? Ok, ini beberapa langkah cepat nak tahu dengan menggunakan tatacara keselamatan yang dibina oleh pekerja pekerja gua (fesbuk). Gua kan Turus Satu di fesbuk. Tanpa perlu install aplikasi aplikasi.

Dari menu utama atas sebelah kanan, pilih Account -> Account Settings -> Account Security, dan lu orang akan lihat beberapa senarai komputer atau mobile device yang mengakses akaun lu orang. Termasuk dengan kedudukan device serta jenis device yang digunakan.
Sila perhatikan kedudukan atau lokasi device tersebut, jika curiga dengan kedudukan device sila End Activity atau Tamatkan Aktiviti.
Sebagai keselamatan tambahan, lu orang boleh setup alert melalui email atau sms. Features seperti One Time Password dan HTTPS cuma boleh dilakukan di U.S sahaja buat masa ini.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Check jika seseorang guna akaun Facebook lu orang?,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 31.01.11 / 8am
- By:
- Hariadi Hinta
- Tags:
- Security