Sketsa buatan pejabat

Macamana nak dapatkan Bas?

Eksaited Vassili Zaitsev ajukan soalan ketika menuju lift. Sniper dia buat hiasan sekarang ni. Baru selesai memantau paip bocor dekat aras besmen.

Lu minta dengan admin la

Jawab Asri cepat. Gua mula teringat pasal email yang gua dapat pagi tadi.

Cuba lu tengok email yang Kak Farizah bagi tu. Pasal nak booking bas pegi kenduri Rohani minggu depan. Sapa nama tah admin BKP tu

Gua bagi cadangan. Yakin. Bangga dapat membantu member member.

Pintu lift tertutup rapat.
+++

Gua tak kira, pintu lift gua tendang sampai terkokak belah dua. Biar semua orang balik naik tangga. Baru padan muka.

Apahal yang salah dengar, mesti gua?

Fakk lah!!

Nota Kaki:

Gua nak minta PAS Keselamatan lah! Faham tak! Bukan BAS!! PAS KESELAMATAN!!

Dalam separa bingung Vassili Zaitsev menerangkan maksudnya tanpa belas kasihan.

Related Posts: