Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam – SBPA

Logo SBPA

Muat Turun

Muat turun Pekeliling SBPA tanpa lampiran pada Portal JPA.

Segala persoalan mengenai SBPA sila tuju dekat sbpa@jpa.gov.my

LAST UPDATE (15/12)

  • HOTLINE SBPA
  • Lampiran C atau sifir gaji akan dapat sekali dengan Borang Opsyen. Borang ni admin yang bagi. Pegawai akan buat pertimbangan, kemudian tandangan dan beri semula kepada admin. Admin yang akan update dekat sistem.
  • Macam mana nak tahu gaji 2, 3 tahun akan datang? Senang. Dah tahu tangga gaji masing-masing nanti tambahkan saja KGT untuk setiap tahun.

UPDATE 07/12
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 (Umum) akan rilis esok (08 Disember 2011). Satu ja gua nak kata. Baca Pekeliling tu sampai habis dulu.

UPDATE 02/12
SBPA secara rasmi akan meriliskan LIMA TIGA pekeliling sekaligus. Merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM (patut selow ye dok?). Bila? Minggu depan!.

Gua malas nak cakap banyak kandungan SBPA ni. Baik tunggu dan baca sendiri. Artikel gua berkaitan SBPA lepas ni mungkin berat ke elaun.

UPDATE 28/11
Portal JPA mungkin akan dipindahkan ke http://docs.jpa.gov.my barang seminggu dua bagi memberi laluan kepada SBPA yang mengambil alih domain utama. Kalau jadi lah sebab timbalan gua nak juga Portal JPA jadi front-end. Gua geleng kepala je kalau dia. Ikut je. Lagi satu gua akan standby file SBPA dekat Google Docs. Kira pautan alternatif kalau server down nanti. Steytiun en cekidaut!

UPDATE 25/11
Rang Undang-Undang Pembekalan 2012 telah diluluskan. Tapi tak boleh lah lepas lulus terus boleh rilis. Ada juga gua jumpa jenis tak sabar tanya kenapa tak rilis lagi walaupun telah diluluskan. Perangai macam pintu. Selain penjawat awam, SBPA melibatkan Guru, PDRM dan ATM. Proses pengagihan, convert, optimize, susunan link dan berbagai proses dan kerja lagi kena buat. Dan paling penting ia tetap di keluarkan. Minggu depan dah ada kot. Sabar je la.

UPDATE 15/11
Lampiran tangga gaji tidak diletakkan pada Portal. Mungkin dihantar kepada HR untuk tatapan kakitangan awam sahaja. Kenapa tidak diletakkan tu tak penting. Gua ingat nanti akan di rilis juga.

UPDATE 03/11
SBPA akan dihebahkan secara serentak menerusi portal Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan portal-portal/laman web agensi berikut (URI semua tu belum aktif). Kerjamasama agensi ni memang gua salute.

UPDATE 28/10

  1. Rang Undang-Undang Perbekalan Bagi Bajet 2012 akan dibentang di Dewan Negara pada , gua agak SBPA di rilis paling awal 1 Disember 2011[1]. Ya, paling awal. Ada lah sikit masa gua nak config server baru tu.
  2. Jangan percaya mana-mana kenaikan gaji, tangga gaji, matrik gaji, tarikh SBPA keluar dan bermacam bentuk prediction gaji. JPA pun tak pernah keluarkan pun. Lepas tu emosi komen itu ini.

Landing page SBPA dah hampir siap. Boleh tahan perit juga buat tanpa content. Kena main agak apa benda nak letak. Tajuk pun gua letak Pekeliling Perkhidmatan Bil. X Tahun 2011. Kahkahkah!

Analytic berkaitan trafik SBPA melambung tinggi selepas ucapan bajet. Minggu tu memang kena restart Apache setiap 10 minit. 1900 concurrent user. Itu dah pakai balancing tu! Tapi tak mampu juga. Ya, setiap server cuma 1 Core + 2MB RAM. Kecil ja spec. Kalau dulu boleh lah sebab pakai Lighttpd server.

Bercakap tentang server, gua tengah setup satu virtual server khas untuk SBPA ni. Ubuntu + 4 Core CPU + 8MB. Gua harap Nginx boleh hendel juta-juta punya user lepas ni. Stress tu memang la lepas tapi ikut pengalaman bila masuk real production peh!.. CPU dalam range 96 – 100%! Gua geleng kepala ja. Jadi untuk SBPA ni, gua kasi asing jadikan dia static server. Entah sempat siap ke tidak ni.

Satu lagi, pekeliling ni nanti akan di publish ke beberapa laman web agensi kerajaan yang lain. Ada dalam 26 agensi kalau tak silap. Jadi, kalau akses ke Portal JPA down boleh muat turun dokumen daripada laman web agensi masing-masing. Ada masa nanti gua update list senarai agensi tu dekat sini. Gua sibuk. Minggu ni macam tak nampak matahari langsung.

Rujukan:
[1]Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 – Bacaan Kali Kedua dan Ketiga

Related Posts: