Sakit tekak

Hari ini masuk hari ke lapan gua mengerjakan ibadah batuk dan sakit tekak. Gua punya suara sekarang mengalahkan suara Sofi Jikan, penyanyi black metal dalam filem Rock. Laporan hasil diagnosis menyatakan kemungkinan besar berpunca daripada melantak 147 kek fesbuk sempenana ulang tahun kelahiran yang baru lepas 7 hb Mac yang lalu. Ada juga demam sikit sikit tapi macam malu malu pula dia nak mejadi.

Setakat ini belum ada klinik mahu pun hospital yang gua pergi. Air mineral sudah bergelen gelen gua telan. Botol air mineral dalam bilik sudah boleh buat dua line boling. Dequadin sudah dua tin gua kerjakan. Ini pun Momoji yang rekemen. Katanya, Own dulu masa sakit tekak pekena Dequadin terus sampai sekarang jadi artis. Gua tak berapa nak ingat artis solo ke artis berkumpulan. Ada juga kekadang dengar Own nyanyi sorok sorok lagu Asma Ul Husna dengan 25 Rasul. Bukan macam @kedaitok, Ulul Azmi tidak tahu tapi borak macam champion. Apa pun lama juga kami tidak pergi karok ni. Superstar Alamanda dengar cerita makin bertambah bilik karaokenya.

Lu cari limau sankis, belah dua, kasi garam sikit, stimkan dan makan

Doktor @kedaitok memberi saranan semasa makan dekat gerai Abang Anip. Sebulan dua ni gua banyak lepak rumah @kedaitok. sekarang ni scene movi makin menjadi jadi. Panggung wayang sekarang ni dah tak layan. Tak tahulah kalau makwe makwe yang ajak. Mungkin gua boleh bagi muka sikit.

Nantilah gua try

Gua balas dengan senyuman sambil tepuk Pall Mall baru beli kasi padat sikit. Koyak plastik, korek keluar sebatang. Saranan @kedaitok ini gua kena kiv dulu atas sebab budaya kita budaya malas.

Nota Kaki:
Suara gua serupa Ramli Sarip 15 tahun dahulu.

Related Posts:

  • No Related Posts