Sah Jawatan
Gua dah lulus kursus induksi umum, unduksi khusus, dan BTN, bilakah gua akan disahkan dalam jawatan?
Pergh! banyak juga soalan lazim macam di atas.
Selepas kau orang lulus semua peperiksaan dan kursus induksi, tarikh pengesahan perkhidmatan adalah di kira hari keesokan selepas semua syarat-syarat sah dalam perkhidmatan telah lulus.
Kau orang kena selalu follow up dengan pihak pentadbiran di pejabat. Setelah semua dokumen lengkap, surat mohon pengesahan dalam perkhidmatan saudara akan di hantar kepada pihak SPA. Proses feedback dari SPA akan mengambil masa. Gua tekankan lagi, proses feedback dari SPA akan mengambil masa. Sementara tunggu surat dari SPA, kau orang kena follow up!
Hal-hal perkhidmatan begini tidak boleh diambil ringan.. kau orang perlu sentiasa berhubung dengan unit pentadbiran kau orang berkenaan rekod pengesahan lantikan dan jawatan. Sekiranya kau orang telah melepasi peperiksaan pengesahan perkhidmatan, kursus induksi umum, kursus induksi khusus tiada sebab kau orang tidak disahkan perkhidmatan.
Inisiatif kau orang juga sangat perlu agar tidak hanya menunggu tetapi bergerak aktif dengan sentiasa follow up ataupun terus berhubung dengan SPA/jabatan yang melantik kau orang.
Tuan puan saudara/i sekalian, kerja follow up ni memang bertentang dengan adat melayu yang lebih cenderung kepada sikap “faham faham sendiri la..”. Oleh itu, follow up dengan pentadbiran, ingat…follow up!
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Sah Jawatan,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 20.04.11 / 6am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- Jawatan, Pengesahan, Perkhidmatan