7.00AM. Semua misi dah berjaya. Pukul 10 nanti nak check-out hotel.Update blog dulu..
10.00AM. Lepas check-out, lepak dulu kat gerai murah kat 1B. Makan Nasi Lemak sambil bincang apa nak buat sebelum penerbangan balik kul 4 petang ni. Turun KK je la. Macam biasa amik Shuttle Bus kul 12. Walaupun kat 1B tu tak boleh amik gambar tapi sempat juga beberapa aksi lucah yang sempat dirakam. Tapi nampak sangat takut2 nak amik gambar. haha!
12.50PM. Sampai di Warisan Square, KK. Terus lepak kat Starbuck. Di sebabkan banyak barang, Buzz tinggal jaga barang. Aku ngan Zaki gi cari souvenir kalau ada yang lawa2. Kat dalam Warisan Square tu rupanya ada pasaraya jugak. Tak tau pun! Murah jugak baju dia jual. Nak angkat tapi xde saiz! Kalau besar, besar sangat..kalau kecik, kecik sangat! derm je..
1.50PM. Aku tiba-tiba tukar plan. Aku kene panggil balik kampung. Ada orang nak jumpa. Terus je berangkat ke airport KK. Naik teksi depan Imperial Hotel. Dia minta tambang Rm20. Sepatutnya Rm15 pun boleh tapi tak pa la. Sampai kat airport aku ke Kaunter MAS kat tingkat 2 nak tanya tiket ke Lahad Datu. Nasib baik ada tapi mahal sikit drp biasa. Kami check-in bersama tapi penerbangan aku ke KL di batalkan. Dah check-in, lepak jap kat Mc D sebab nak booking tiket Airasia hari ahad ni. Fuhh..nasib baik dapat.. Kerja gila!
3.40PM. Aku berpisah dengan Buzz dan Zaki. Derang kePintu A5, penerbangan ke KL tapi transit ke Labuan dulu. Aku ke Pintu A2, pesawat MH 3022 ke Lahad Datu. Pesawat ke Lahad Datu hanya boleh menggunakan Fokker je (50 orang penumpang). Kalau nak tau, Fokker ni lagi best. Kecut perut di jamin lebih daripada mana2 fun-fair kat dunia ni..Pesawat terbang pukul 4.20PM. Ada delay 15 minit.
5.40PM. Aku sampai kat kampung halaman, Lahad Datu! Aku pun dah tepon kakak aku kalau jam tak payah la jemput. Aku ke Fajar untuk amik transport. Lupa lak start dari sini aku dah lone ranger! Kat Fajar ni ada teksi tapi aku saje je nak amik pirate-car! Jalan pun tengah jam tapi tak pa la. Dapat jugak aku amik gambar sepanjang 1.8KM perjalanan dari airport LD ke rumah aku. Dekat je..Kg. Khamis, Batu 1, Teck Guan, Batu-Batu, Simpang Gadis dan..Simpang Durian! Rumah aku kat tepi jalan je. Mak aku masih menghantar budak sekolah. Kakak aku je ada time tu. Macam tak percaya plak aku dah sampai rumah! hrhrhr! Nampaknya..Sabah Trip sampai di sini saje..tak boleh cita panjang2. hrhr! Jumpa lagi.. PEACE!!
Kaitan:
Sabah Trip (Day 1)
Sabah Trip (Day 2)
Sabah Trip (Day 3)
Sabah Trip (Day 4)
Album – Sabah Trip (Day 1)
Album – Sabah Trip (Day 2)
Album – Sabah Trip (Day 3)
Album – Sabah Trip (Day 4)
Album – Sabah Trip (Day 5)















emm bole kestaw bape harga tiket fokker dr kk ke lahad datu?
tlg ea saye mo ke sane bln 1 thn 2010…….
lau harga biasa dptla RM135 tp kalau tempah awal bleh dapat RM75. booking saja: http://www.malaysiaairlines.com/my/ms/home.aspx
oic hehehe oke makaseh slmt hari raye bro..
emm oic boleh kestaw hotel bajet termurah kat ld tue utk 3 h 2 mlm ?