Skip to content


Sabah Trip (Day 4)

7.00AM. Hampeh! Sandal aku tinggal dalam keta sewa. Takpe, sedekah! Hari ni bertolak ke Pulau Manukan. Salah satu pulau dalam Taman Tunku Abdul Rahman. Kat 1B ni schedule Shuttle Bus star kul 9 jadi kami sepakat naik bas henti-henti. Tunggu kat depan 1B. Kejap je..tambang RM1. kalau naik van tambangnya RM2. Dalam bas sempat lagi Buzz kenal ngan awek..Nurul! Dia duduk belakang sekali. Buzz tanya dia macam2. Itu, ini, begitu, begini.. Turun kat Jesselton Point. Masuk je kat sebelah kanan ada kaunter..kat sini pandai2 la nak nego harga. Harga tambang bot kiterang RM17 (dah campur tax RM6). Kalau nak snorkeling, sewa je kat pulau nanti. Tak la banyak barang nak bawak. Kalau sewa kat situ RM10 (tanpa vest). Kalau kat pulau, RM15 siap ada fin (kasut bersirip! haha..) lagi.

Dalam bas nak ke Jesselton

Dalam bas nak ke Jesselton

Jesselton Point

Dalam bas nak ke Jesselton

Jesselton Point

Dalam bas nak ke Jesselton

9.30AM. Naik bot. Ada 14 penumpang. 10 orang ke Pulau Sapi dan 4 org lagi ke Pulau Manukan (Kiterang + Mat Saleh). Perjalanan lebih kurang 15 ke 20 minit sebab dia hantar orang ke P. Sapi dulu..Mat Saleh tu boleh salah pulak. Dia ingat P. Sapi tu, P. Manukan. “Sirr!! this is not Manukan island, this is Sapi island!!” peh..power siut driver bot tu panggil mat saleh yang dah separuh jambatan dah mat saleh tu jalan. siap amik gambar lg. Perjalanan di teruskan ke P. Manukan. Bandaraya KK semakin kecil. Gunung Kinabalu pun dapat tengok. Memang cun arr!

Pakcik..bawak laju sket!

Pakcik..bawak laju sket!

G. Kinabalu

G. Kinabalu

Pulau Sapi

Pulau Sapi

9.50AM. Sampai ke P. Manukan. Kali kedua aku ke sini. Kali pertama pada tahun 2001 bersama dengan rombongan Kelab Kembara PKK. Nak masuk kene tax lagi RM3. Kami terus je cari port nak snorkeling. Kat hujung sekali..kalau nak tengok ikan banyak kat jeti tu je snorkeling! Aku gelak tengok Buzz ngan Zaki pakai snorkeling mask tu..haha! ada yang tertelan air laut nanti neh! Orang tak ramai sangat cuma tempat kiterang tu dipenuhi oleh team dari korea. seperti biasa, walaupun pantainya tidak tercemar namun pemandangan kami ni  yang tercemar! Badan gatal juga sebab banyak obor2. tapi tak lama kejap je..jangan garu sudah! Kiterang snorkeling sampai kul 12.

Jeti P. Manukan

Jeti P. Manukan

Welcome..welcome..Rm3 je!

Welcome..welcome..Rm3 je!

Kegembiraan kanak-kanak bermain laut..hrhrhr!

Kegembiraan kanak-kanak bermain laut..hrhrhr!

Oii..meh turun cari mutiara!

Oii..meh turun cari mutiara!

Nasi Putih + terung + Daging = RM6.5

Nasi Putih + terung + Daging = RM6.5

Itadakimas!

Itadakimas!

12:45PM. Makan jap kat gerai murah kat situ (murah?). Nasi putih + sayur terung + daging (RM6.50) ngan Ice Coffee (RM2.8). Sementara nak tunggu bot sampai, lepak kejap tengok awek buat pesta buih..eh..pesta pasir! Tengahari macam ni pun boleh mandi lg? huii..kulit biawak neh..

Lepak..

Lepak..

2:00PM. Naik bot ke Jeti. Sebelum tu Buzz bagi makan ikan. Banyak woo..Nemo pun ada. Zaki tangan dia kene gigit. Padan muka..Bila tengok air jernih gile rasa nak terjun lagi. Perjalanan di teruskan ke P. Sapi dulu. Coverage Celcom memang power la..start dari manukan tu tak pernah putus. Mantop!

Kurrr..kurrr..

Kurrr..kurrr..

Banyak gile!

Banyak gile!

3.00PM. Sampai kat Jeti Jesselton. Ingat nak suruh kawan Zaki amik tapi lama lagi. Orangnya masih kat Tuaran. Huii..sejam tuh! apalagi jalan kaki je ke stesen bas Sepanggar kt depat Mahkamah. Jauh woo.. 1.6 KM! Kaki Buzz pun dah melecet. Manja! Biasa arr..sandal RM10! Sampai kat stesen orang ramai, kene berdiri la jawabnya. Tambang Rm1. Sampai kt 1B kawan Zaki dah tunggu. Aku dgn Buzz tak nak kacau daun, terus lepak hotel. Petang dalam pukul 5.40 kiterang pegi makan bakso kat tepi 1B. Layan jugak. Harganya RM3. Huii..kira mahal ni!

Balik Ke Jesselton

Balik Ke Jesselton

Kaki melecet..haha!

Kaki melecet..haha!

Layan bakso dulu..

Layan bakso dulu..

8.00PM. Merayau-rayau kat 1B. Singgah kat butik Levi’s sebab berkenan dengan 501. Kat semenanjung ni susah nak dapat saiz aku ni..hehe. Aku angkat satu. Zaki pun angkat satu. Staff dia kata kalau dah beli seluar, boleh beli kasut dia dengan potongan harga. Buzz pun tak senang duduk. Dia pun angkat satu kasut tu dengan harga RM84! Harga sebenarnya RM152! murah beb! Lepas tu dah takde aktiviti. Balik ke hotel layan hal masing-masing. Plan pun semua dah buat. Esok tak tau lagi macam mana nak balik ni..

Sempat lagi..

Sempat lagi..

Best..best..

Best..best..

Kaitan:
Sabah Trip (Day 1)
Sabah Trip (Day 2)
Sabah Trip (Day 3)

Album – Sabah Trip (Day 1)
Album – Sabah Trip (Day 2)
Album – Sabah Trip (Day 3)
Album – Sabah Trip (Day 4)

Posted in Diari, RKJ.


3 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. Noni Alim says

    Hai Hariadi, best baca catatan you.. Saya akan ke KK pada akhir Julai ni.. rasa tak sabar bila tengok gambar tu..macam best aje.

  2. Hariadi says

    uh..sori arr. byk keje..lambat sket nk reply. bukan takat best jek.. 2 thumbs up aku bagi!! hehe. harap2 ko pegi nt lagi best..kim salam kt pramugari ek!

  3. naLL says

    uiii siok nya p manukan….aku jak yg urg sabah ndak pena p sana…ermm kepingin plak mau p sana…tp teda bajet…hahahaa



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.