5:30AM. Lambat bangun! mamposla kalau tinggal flight ni!
5.50AM. Gerak ke KLIA. Azmil dgn gaya F1 cuba memecut selaju yg boleh. Lgpn bawak keta Buzz, apa lg..tekan aje la itu Gen2Lution. “Buzz, berapa laju boleh bawak ni?..”, tanya Momoji selaku co-pilot pagi tu. Aku translatekan maksud ayat Poji tu menjadi “Tekan je..” (nak bakar azmil le tu..)
6.15AM Sampai kat KLIA. Pi check in dulu..domestik, hrmm..orang pun tak ramai. Yang ramai kat line antarabangsa..panjang gile! “Balik kampung ya pak!” tanyaku dalam hati..Dah siap semua perut lak minta di isi. Ajak semua makan kt Mc D dulu..Bubur Ayam ngan Teh O. pehh..Takut tak sempat bawak je Teh O tu gi luar..hisap rokok! Jam da kul 7 pagi..kene masuk ni! Salam dulu ngan pak sopir n Momoji sblm masuk..Mak aii..C11..hujung dunia neh! sampai je sana dah xde org..sib baek sempat!
8.20AM. “Sir, Nasi Lemak or Omellet?” Tanya pramugari cun..laa..tiga2 da mcm org pengsan. “Err..bagi Nasi Lemak tiga dengan jus oren ye..” sambil mata mat Zaki melilau-lilau cari penampor! hehe..sedap pulak jus oren ni. Aku ngan tak malunya mintak tambah..urghh, sambung tido balik.
10:30AM. Suara Kapten lak kejutkan kali ni..tgk tingkap..huii, da nampak daratan! wahhh..da besar la airport kk ni.. Last skali aku sampai err..tak ingat arr! Welcome To Sabah!
10:40AM. Aku malas nk tulis tapi ada benda lawak. Masa nak amik beg tu, singgah jap kat kedai Nike. Zaki tertawan la sandal Nike. RM89. Hrmm..dia angkat size 7. Sampai kat bawah dia nak pakai, sebelah saiz 7, sebelah saiz 11! wakakaka!! CACAT!! aduii..sesuai! Dia pi tukar balik, Buzz dari td cari tandas. Aku tepon member aku kata da sampai pastu bukak arr laptop, Mafia Wars! Sempat lg..
11.30AM. Jamaludin Diner. Tu la nama kawan aku yang datang jemput bersama dengan bininya yang cun..hehe. lama tak jumpa! Kiterang pegi makan dulu kat Indah Permai. Nasi Kuning! Fuh, lama tak makan ni..kalau kat semenanjung ada kat Klang je. Tempat lain xde! pastu gi Nexus Karambunai. Fuyohh! memang best la karambunai neh..pantainya tak tercemar langsung! mata je la yang tercemar..gile..kiri kanan mat saleh selamba je baring..tangkap gambar..tangkap..
2.00PM. Check-In kat TuneHotel. TuneHotel rupanya sebangunan dengan 1Borneo. Macam Mid Valley jugak la.. Sampai situ saja pertemuan ngan Jamal. Kalau ada masa nt aku datang rumah dia. Mata pun da start lalok..
4.00PM. Keluar cari makan kat 1Borneo. Hrmm..akhirnya makan kat Mc D jugak. Aku tak tau sangat kat 1Borneo ni. Tempat ni pun baru. Sempat lagi gi butik Levis.. tengok 501 green baru tu..tapi aku terpaut 501 lama. RM330. Mahal RM5 berbanding semenanjung..balik hotel lagi bagus!
12.12AM (03/05/2009). Astagfirullah Al-Azim..start dari kul 7 tadi aku tertidur. perut dah lapar ni, mana mau cari makan? makan coklet je la..Time ni la aku update blog. Jumpa lg hari esok! Peace!
Kaitan:
Sabah Trip (Day 2)
Sabah Trip (Day 3)
Album – Sabah Trip (Day 1)
Album – Sabah Trip (Day 2)
Album – Sabah Trip (Day 3)












Hello..
Trixie here..
Saya tidak sedar ada muka saya sini.. Hehe..
Baguslah korang enjoy stay sini Sabah..
Hari tu saya cuma membantu aja..
All the best ya..
tima kaseh la Trixie..kawan2 yg lain pn nk ucap tima kasih jg. len kali kalau dtg ko kena standby tmpt must visit! hehe..