Resolusi 2011.. dan tahniah Malaysia!
Pertamanya gua nak ucapkan tahniah ke atas skuad Harimau Malaya di atas kemenangan AFF Suzuki 2010. Apex Khairul Fahmi memang superb tapi sorila Manohara lagi Hot. Syukur juga Malaysia cuma jaring satu gol dalam perlawanan malam tadi. Itu pun suara gua sudah setanding Ramli Sarip. Kalau lebih gua tak tau la.. macam mana nak call awek ye dak? Apa pun gua salut kedua dua pasukan malam itu. Indonesia dan Malaysia. Kedua dua main clean. Walaupun ada laser. Eh, laser ke loser?
Gua nak juga tengok skuad Malaysia masuk World Cup tapi Malaysia rangking berapa dekat FIFA sekarang? ya.. 144. Rangking tertinggi yang kita pernah dapat adalah rangking ke 75 pada tahun 1993. Dan pada tahun 2008 jatuh ke rangking 170! Bapak jauh! Harap harap tahun depan ada kemajuan. Sikit pun tidak apa janji ada. Be the next!
Semalam sambil memandu tak pegang stereng gua hantar pesanan ringkas pada Bustamin:
“Tengok bola kat mana nanti?”
Bustamin membalas:
“Azu maju.. ke len tempat?”
Gua balas balik:
“Ok set”
Dalam kepala gua, apa barang tengok bola dekat Dataran Putrajaya? Dekat Azu Maju lagi best. Ramai mat indon yang mesra alam boleh bakumaki. Baru mencabar. Baru gengster. Spana buka tayar pun dah stanby. Apa ada hal.
—
Sekitar jam 7.20 macam tu satu pesanan ringkas sampai:
“Aku da kat kedai mamak..”
Bustamin. Mentang mentang nama dia dekat dekat Bustomi pemain timnas Indonesia tu semangat pulak dia. Gua balas ok. Biasalah janji Melayu kan?
—
Gua, Bustamin dan Momoji terkinja kinja melompat tapi menten macho di Dataran Putrajaya selepas Safee menjaringkan gol. Suara dah start hilang. Cilaka punya kedai mamak Astro. Sampai 8.30 gua tunggu siaran tidak kunjung tiba. Nasib baik gol pada separuh masa kedua. Kencang juga masa rehat separuh masa pertama langsung ke Dataran Putrajaya. Ada abang tu lagi gengster. Terus blah tak bayar minuman. Geram sangat tunggu lama barangkali.
Resolusi 2011? Azam lah azam! Merepek juga cerita pasal nak setting azam ni. Esok lusa jahanam. Azam kepala hangguk. Jadi gua panggil resolusi biar sedap sikit. Gua punya senang. Selesaikan resolusi tahun 2010 dan 2009 yang tak habis. Jika resolusi itu masuk tahun ketiga, gua gugurkan. Gua juga akan membantu resolusi orang lain tercapai. Contohnya membantu Momoji dapatkan lesen kereta dengan membantu beliau cara cara drifting, potong kiu dan melanggar lampu isyarat dengan baik. Guna saja WKD tu. Apa ada hal!
Kahwin? Oh! itu dah jadi warganegara tetap. Tidak boleh digugurkan. Tiap tahun ada dan kekomplexitian yang kian meningkat. Gua kena admit gua suka barangkali. Siapa yang tidak mahu berlawan dengkur ye dak? Sudah. Boleh hilang kebrutalan. Hitam putih tetap indah bila lu kenal warnanya.
Buat sepupu gua yang baru gerak ke Kuching untuk mendalami ilmu kedukunan Medical, gua doakan selamat dan jaga diri hendaknya. Walaupun lu takut darah.
Resolusi kira janji pada diri sendiri kan? Apa pun resolusi lu orang gua harap resolusi lu orang jadi kenyataan dan tercapai hendaknya. Jangan nak jadi PM sudah. tapi gua boleh undi lu. Apa ada hal.
2.50 pagi!
Masalahnya sekarang gua belum study lagi sejak balik tengok bola. Macamana nak jadi cemerlang, gemilang dan terbilang?
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Resolusi 2011.. dan tahniah Malaysia!,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 30.12.10 / 2am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- Bola, Gengster, Gua Juga Manusia, Manohara, WKD