re-Angsi Scene Report
21 Mei 2011. Geng ORB[I:T] (baca: Orbit) telah bersepakat untuk menawan puncak Gunung Angsi. 21 pemuda pemudi yang mempunyai jiwa kental dari segi fizikal dan mental telah berjaya menawan gunung yang berketinggian 825 meter. Ini adalah percubaan kali kedua selepas cubaan kali pertama dicemburui masa. Kali pertama gua tak ada. Gunung Angsi ini gua tak tahu gunung yang ke berapa dia punya tinggi dekat Malaysia. Yang gua tau 3 gunung tertinggi dekat Malaysia ada dekat Sabah. Gunung Kinabalu (4,095 m 13,435 kaki), Gunung Trusmadi (2,645 m 8,669) dan Gunung Tambuyukon (2,579 m 8,462 kaki) berdasarkan buku geografi.
Berbekalkan duit cukup-cukup dan peralatan yang paling mundur, pukul 6.45 pagi gua pecut naik kereta berkuasa sederhana tunggu depan pejabat di Putrajaya. Pung pang pung pang, tunggu orang, pung pang pung pang, gerak. Gua tumpang sama gua punya bos, Shahril Azwa. Hensem. Belum berpunya. Memegang rekod penyelam paling dalam dekat BPM. Dengar cerita malam tu juga dia kena pergi Tioman untuk ambil lesen menyelam tahap komando.

Gua dengan brader paling kacak dari Melaka, Sham. Wajahnya macam nak kena tendang. Biasanya wajah begitu kami semua akan balas di meja ping pong dengan smash kepala. Foto diambil semasa bersarapan di belakang tapak perkhemahan Gunung Angsi. Gua ingat makcik tu meniaga sampai pukul 10 pagi sahaja sebab kitaorang dah borong nasi lemak dia sampai habis. Nasi lemak makcik tu memang kategori king of nasi lemak. Mendatangkan sedikit berang sebab gua tak boleh nak tambah.
Lepas nyanyi lagu Negaraku, ORBIT Gemilang dan lagu Derap Komando kasi kuat semangat, sesi berfoto dulu sebelum aktiviti membakar lemak bermula. Ada muka excited ada juga yang berdebar-debar. Gua dah cedera ringan sebenarnya masa ni. Malam sebelumnya gua sondol motor Momoji dengan kepala lutut gua. Gua ingat kepala lutut gua lagi keras berbanding bontot motor. Lebam pun ada lagi. Aktiviti ini juga ‘clash’ dengan gua punya khidmat masyarakat. Tapi tak ada kena mengena dengan aktiviti ini.
Check point pertama geng ORBIT. Port ni memang sedap baring. Gua syak ada 7km lagi perjalanan. Pakcik pakcik berumur tepi tu dari geng Kastam. Ada dalam 100 orang. Gua baru lepas kena sound dengan Pakcik Kastam sebab baring tengah jalan orang bunian.
Sesi refill botol air masing-masing sambil berfoto dengan muka sombong. Anak sungai yang terakhir untuk sampai ke puncak. Elok refil siap siap pakai botol atau terus tadah mulut sebelum menyesal.
Tuan punya kepada foto yang gua kebas. Pasal hiking hiking ni dia kira king juga. Pernah tawan Kinabalu sama macam gua. Gua dulu tawan Kinabalu tahun 2000. Masa belajar dekat Politeknik Kota Kinabalu. Dia ni memang power. Masa dekat Angsi, kena patah balik sebab kunci kereta tertinggal setelah berjalan sejauh 3-4KM. Peh! gua ingat dia ni ada ilmu terbang tanpa bayang.
Gua tak ingat pukul berapa sampai puncak. Gua group akhir yang sampai puncak sebab Nizam kejang kaki. Mujur ada Shahril Azwa dan Hadi. Mereka memang Rambo di sepanjang perjalanan. Ap Rambo nombor satu. Sebab tu dia kena lead dekat depan. Gua Rambo nombor dua. Sham Rambo nombor belakang belakang. Berdasarkan maklumat semasa dipuncak, kami 21 orang saja yang ada di gunung ini ketika itu. Jenis naik masa bukan musim.
Cilake AP dalam ramai ramai macam ni dia boleh buang angin secara haram. Jenis tak mengajak. kehkehkeh!
Finalis logo ORBIT. Berdiri di hadapan: AP, Sham, Gua dan Liyana. Yang tersengih baju biru tu Cik Kama. Belakang kepala keluar macam penyu tu, Fendi. Logo gua jadi juara. Dapat tiket Swiss-Garden Kuantan 2 hari 1 malam.
Trademark ORBIT. Selain menunjukkan seluar yang sesuai untuk naik gunung, boleh juga dibuat sebagai sesi pemeriksaan kasut. Orang tunjuk kasut gua kasi tunjuk stokin. Masa naik gua tak rasa sakit sangat lutut gua. Masa turun ada satu masa lutu gua macam terpulas. Celaka sungguh. Rasa nak terkeluar kepala lutut. Mujur tak ada bunyi ‘klekuk’. Kalau tak mahu gua terjun terus biar cepat sampai. Aida pun dah terjerit jerit sakit kaki dia terseliuh. Jenis pok pek pok pek tak tengok jalan.
Makan malam sebelum bertolak balik. 4 meja kena sambung baru muat 19 orang. Itu pun kena rapatkan saf. Cik Kama dengan adik dia dah balik awal. Masa makan memang senyap, masing masing kelaparan. Angsi, lain kali gua datang lagi!
Sampai kuarters dalam pukul 10.30 malam. Dua tiga ekor penanggal yang sejak tadi mengambil kesempatan menumpang kereta gua di atas bumbung terbang pergi apabila menyedari destinasi mereka tidak sama dengan gua. Gua geleng kepala.
Faktab:
- Ketinggian Gunung Angsi adalah 825 meter yang terletak di Ulu bendul Park, Negeri Sembilan. Gua ingatkan perjalanan sampai ke puncak hanya 8.25 km. Kahkahkah!
- Bekalan rokok gua cuma bawa sebungkus Pall Mall. Bekalan cokelat gua bawa 2 Snickers dengan sebungkus cokelat Dairy Milk jenis kecil kecil.
- Kasut Cap Memerang yang gua pakai tu memang ‘ekselen’. Terima kasih kepada Hadi kerana susah payah carikan untuk gua.
- Gambar dirampok daripada album Nija dan Sairel.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “re-Angsi Scene Report,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 23.05.11 / 12am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari









