Putrajaya ke Lahad Datu

Gua balik kampung. Yes!!

Gua tidur rumah @kedaitok, alamatnya subuh barai!. 7.30 baru sedar. Lepas @kedaitok pergi opis gua cepat cepat balik rumah packing barang mana yang patut. Gua risau kalau kalau tragedi Balik Raya 2009 berulang kembali.

Dalam kapal terbang MH2664 semalam ada satu makwe cun macam makwe gua dulu sama satu balak yang gua agak gua boleh makan. Lepas tu gua sambung tido macam biasa. Gua masih ingat, makwe gua dulu ni lepas makan apa apa mesti dia lap mulut dekat bahu gua. Memang rasa nak terkam! eh cop! nak lempang! Kahkahkah!

Sepanjang perjalanan, gua sangat menderita bila berada di paras lebih dari 10 ribu kaki di atas laut. Lebih lebih bila dah pekena nasi goreng sate. Pergh!, sekali kentut rasa nak lagi!. Tapi gua kaver cantek punya. Hikmat Kibasan Paper Utusan.

Gua rasa teknologi pengudaraan di dalam kapal terbang telah dipertingkatkan. Buktinya, selepas 5 saat gua melepaskan ‘silent killer’, bau macam lahanat hilang!. Tapi gua tak tahulah kalau budak yang duduk depan gua tu tengah tidur atau tengah pengsan.

Sampai rumah, gua cium tangan mak. Gua tanya gua tidur bilik mana seminggu ni. Mak gua tanpa suara dan rasa bersalah, menuding sofa di ruang tamu.

Elok elok mengemas ‘bilik operasi Valkyrie’ untuk seminggu ni, gua terpandang sebijik Iphone. Emak gua yang punya! Cilake! Gua masih guna “batu gosok” lagi. Selepas diseliki Iphone boleh lipat rupanya.

Jadi, Bermula esok (25 Februari 2011) gua akan menamatkan status.. Haa…banyak lah lu orang punya bujang! Sebarang update boleh disalurkan melalui henpon, email, fesbuk dan twitter. Kalau seminggu tiada update, rajin rajin lah sedekahkan Al-fatihah dekat gua.

Related Posts:


About this entry