Produktiviti

Jadikan jersi kebangsaan, amacam?

Gua dulu masa mula-mula masuk kerja dekat Putrajaya, produktiviti kerja memang power. Waktu Berperingkat (WP) masih belum wujud. Begitu juga budaya fesyen batik setiap hari Khamis. Selepas pemergian bekas isteri bekas PM pada hari Khamis, 20 Oktober 2005, budaya batik ni pun muncul setiap hari Khamis. Gua pun sebenarnya pun tak tahu Hari Valentine tu untuk memperingati siapa.

Ada hari gua datang pejabat pakai kemas, ada hari-harinya juga gua datang cuma pakai t-shirt sama jaket. Memang kerja gua banyak duduk jadi pomen dalam bilik server masa tu. Repair sana, repair sini, tarik kabel, angkat server yang beratnya dua kali ganda berat gua, setting server ini, setting server itu, dan yang paling power, kena masuk meniarap celah lantai cari kabel atau pasang kabel rangkaian.

Tapi tak ada la hari-hari gua buat kerja tu. Ada harinya juga gua tak ada kerja langsung. Kesnya gua malas pergi kerja. Prinsip gua mudah. Kalau gua rajin, gua datang pejabat. Kalau gua tak rajin, gua tak datang.

Seperti yang gua katakan, macam-macam kerja gua buat. Bukan apa, cari ilmu ni kita kena berani mencuba. Kadang-kadang gua tanggalkan kemeja sebab takut koyak atau terkena minyak hitam dari server. Inilah yang dikatakan kerja yang power. Dan power ini jarang-jarang dimiliki oleh orang kebanyakan.

Jadi sekarang dekat mana produktivitinya pakai baju batik? Bangang.

Related Posts: