Pengalaman Praktikal di RTM Tawau
Semester 3, tahun 2001, gua masuk praktikal di RTM Tawau bersama sama dua orang lagi samseng Tawau, Shahril dan Ryan (hampir nama sebenar). Tanpa gaji. Memandangkan tidak efisien gua ulang alik sejauh 500 kilometer pergi dan balik (5 jam) dari Lahad Datu ke Tawau jadinya, gua tumpang rumah member gua, Shahril dekat Tanjung Batu Laut.
Keluar rumah dengan Shahril pukul 7 pagi. Tunggu bas tepi rumah. Duduk kerusi belakang sekali. Kangkang luas. Baru nampak samseng. Tapi bila dah sampai Kolej Kejururawatan Tawau peh dia punya sardin tak ingat. Duduk pun peha rapat rapat. Tiba di terminal bas, gua kena jalan kaki sejauh satu kilometer setengah nak ke dua kilometer. Puas meredah kedai amplang, kedai gambar serta panggung wayang, gua tiba di Bangunan Wisma Persekutuan setinggi 7 tingkat. RTM tingkat paling atas. Boleh tahan juga hari hari gua punya sibuk dingorat makwe makwe kedai yang jarang jarang gua balas sepanjang perjalanan.
Sampai pejabat RTM dapat tempat duduk pula belakang sekali. Satu meja 3 orang. Dekat bahagian teknikel ada tiga orang juruteknik otai yang gua sudah lupa nama mereka. Kabel kabel berselirat. Indonesia punya siaran tv/radio pun boleh dapat. Power tak power diorang ni. Dekat sini memang best. Seronok tengok puntung rokok melayang jatuh dari tingkat 7. Udara pantai pun sedap masin pagi pagi.
10.30 pagi kami sudah standby dekat konti. Lap itu lap ini. Tukar jack apa yang patut. Dalam tempoh setengah jam memang kami memekak dekat dalam dengan CD Cromok original. Telefon jangan cakap. Sudah berapa ramai yang sudah kena panggilan hangit dari kami. Peh, punyalah semangat diorang nak kirimkan lagu. Gua suspek panggilan hangit Hot FM itu asal ususnya dari mana.
Aktiviti lepas makan tengahari lebih banyak ke tidur. Kadang kadang layan admin admin dekat depan, atau layan polis bantuan dekat kaunter. Radio memang kena ON 24 jam. Kalau ada masalah ke apa cepat cepat gua buat bodoh. Ada masanya kena buat recording, ramai makwe yang datang. Setiap bulan bergilir gilir suara kami dipinjam untuk buat rakaman berita atau drama dan dibayar sebanyak RM50 untuk setengah jam. Peh, lumayan!. Ada juga juruteknik ajak pergi tengok pemancar RTM dekat batu 2 sana. Boleh tulis repot apa yang patut. Dapat masuk bilik CD, peh!, tak boleh nak kira. Semua CD dihantar oleh syarikat syarikat untuk test demo sahaja. Mana yang sedap gua tapau. Search, Wings, Cromok semua ada. Jenis yang macam Shuffle gua tapau juga lepas tu gua patahkan masuk tong sampah.
Pukul 5 tajam, balik. Jalan kaki, dan naik bas terus ke Tanjung Batu laut. Lepas 6 bulan praktikal tamat. Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar ada dalam seratus lebih CD original pelbagai artis gua pow bawa balik LD. Entah ke mana CD tu semua sekarang, cilake!.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Pengalaman Praktikal di RTM Tawau,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 16.03.11 / 6am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari