Pendaftaran syarikat bagi kakitangan awam

KEMASKINI 27 JANUARI 2014

Sebelum gua mulakan, sila baca PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 [Pekerjaan luar] ni dulu. Kemudian baca pula PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 7 TAHUN 1982.

Kalau tuan puan belum baca dua benda tu, maka tuan puan akan terdorong untuk membuat komen/soalan yang sering di tanya dengan jawapan yang sama. Sila baca dulu.

Tuan puan sudah membaca dua perkara di atas? Sudah? Ok. Tahniah. Tuan puan boleh pergi jauh dengan perniagaan tuan puan.

Kalau belum, malulah kan. Tak ke pun mana tuan puan. Sila baca dulu. Kalau tuan puan tetap belum membaca, gua ambil ringkasan dari PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 [di bawah tajuk Pekerjaan Luar]:

Walau apa pun peruntukan subperaturan (1), seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk mengusahakan perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam subperaturan (1) bagi faedah dirinya atau saudaramaranya yang dekat atau bagi mana-mana badan yang tak mencari keuntungan yang dia ialah seorang pemegang jawatan dalam badan tersebut.

Baca pautan di atas untuk mengetahui peruntukan subperaturan (1).

Ok. Sebelum gua teruskan lagi, muat turun dahulu borang contoh.

Isi borang berikut untuk mendapatkan Contoh Surat Kebenaran Ketua Jabatan Pendaftaran Syarikat Bagi Kakitangan Awam.

Terima kasih kepada pembaca blog ini, En. Suhaimi kerana membenarkan surat contoh yang dibuat beliau dikongsikan dan dijadikan rujukan pembuat pembaca yang lain.

Setelah pautan tersebut dibuka, senarai fail yang berkenaan akan dipapar. Klik pada File > Download (atau Ctrl + S)

JANGAN LUPA KLIK PADA Panduan.txt UNTUK MENDAPATKAN KATALALUAN

Gua kongsi sedikit maklumat tentang kakitangan awam yang ingin membuat perniagaan. Pada dasarnya penjawat awam boleh menjalankan perniagaan sama ada secara online atau sebagainya dengan syarat hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Jabatan. Peraturan ini dinyatakan di bawah peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu mengenai pekerjaan luar.

Dari segi undang-undang mana-mana orang yang hendak menjalankan perniagaan perlu mendaftarkan syarikat atau perniagaan (enterprise). Berdasarkan peraturan, penjawat awam boleh mendaftarkan perniagaan (enterprise) untuk menjalankan perniagaan. Bagaimanapun jika melibatkan pendaftaran syarikat, terdapat larangan khusus yang dinyatakan di bawah perenggan 4 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 tahun 1982 iaitu kaki tangan Kerajaan tidak dibenarkan dilantik atas nama persendirian dalam lembaga pengarah bagi mana-mana syarikat. Ini bermaksud penjawat awam tidak dibenarkan memegang jawatan pengarah dalam syarikat.

Kesimpulannya, penjawat awam boleh mendaftarkan perniagaan (enterprise) untuk menjalankan perniagaan sama ada:

  • mengambil bahagian secara lansung atau tak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa perusahaan komersil, pertanian atau perindustrian;
  • mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja bagi mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian;
  • sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau dengan mendapat upah; atau
  • bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.

Hendaklah mendapat kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menjalankan perniagaan tertakluk kepada syarat di bawah peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Rujukan:

  1. PERATURAN – PERATURAN PEGAWAI AWAM. (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993. JPA. 10 Januari 2010
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1982. JPA. 10 Januari 2010

Nota Kaki:
Daftar perniagaan enterprise dan daftar syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd) adalah berbeza. Kecuali harta pusaka.

Related Posts:

  • No Related Posts

About this entry