Penantian
Tengah hari Jumaat semalam gua keluar pejabat awal sikit. Sebagai pegawai yang terdidik dengan sikap terpuji sejak di bangku sekolah, gua maklumkan pergerakan gua dekat bos melalui emel. Jarang gua keluar awal kecuali ada perkara mustahak. Lagi pun tidak elok pegawai keluar saja saja dengan tidak mempunyai tujuan kerana kelak boleh membawa banyak kemungkinan.
Setelah emel diyakini sampai kepada penerima yang sah, gua tak fikir panjang. Gua start kereta, pecut ke Desa Pinggiran Putra sambil layan sekali dua lagu Search. Satu demi satu kereta gua pintas. Selekoh tajam, flyover, kawasan sekolah, kereta imam habis gua sapu. Matlamat gua cuma satu. Gua nak pergi tukar minyak pelincir kereta berkuasa sederhana gua sebelum pukul satu.
Gua sampai ada 2 orang pomen sedang membedah satu kereta Waja dan satu kereta Cherry. Lega. Mesti cepat siap. Bengkel ni kecil, kereta pun tak banyak. Gua bagitau salah seorang pomen maksud kedatangan gua. Tapi dia suruh gua tunggu kejap. Gua lepak luar kena rokok sebatang dua. Lama juga gua rasa. Gua masuk dalam semula jeling satu pomen sambil dongak-dongak kepala. Pomen tu bagi isyarat tunggu guna tangan.
Waktu menunggu ini memang waktu paling bosan sebab tak banyak benda yang gua boleh buat. Bengkel-bengkel dekat Malaysia ni patutnya kena pasang internet free. Takdela kastemer bosan menunggu. Pomen pun boleh buat video konferens pembedahan kereta dengan pomen-pomen luar negara. Celaka. Benda simple macam ni pun gua nak kena ajar.
Gua ambil keputusan duduk atas kerusi main sudoku dalam henset gua ni. Tak sia-sia gua pinjam henset daripada Am dua tahun lepas. Tapi dalam pada itu, gua rasa macam lama betul kena tunggu. Sampai habis kuasa bateri henset gua ni buat main sudoku. Kesabaran gua secara auto bertukar menjadi baran.
Tiba tiba gua mula sedar yang hati gua dah tak membara. Hati dah sejuk. Baran gua lenyap. Hanya ada rasa lapar dan haus. Kesudahannya gua dah ada dekat gerai tepi jalan. Rancak menikmati nasi lauk ayam goreng dengan air kelapa bersama kawan kawan pomen gua sebelum pergi solat Jumaat.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Penantian,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 30.04.11 / 1pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- DPP