Pelayan Restoran

Satu pagi nak ke tengahari, gua singgah restoran kegemaran rakyat Desa Pinggiran, Restoran Cik Noor. Gua duduk satu meja dan order neskepe sama nasi lemak. Baru nampak macam brader-brader. Apa barang order sirap atau teh o ais? Memang gua tolak tepi. Itu selera budak-budak.

Gua nyala sebatang. Gua kasi restoran tu sentuhan bau Marlboro. Pengunjung kurang. Adalah beberapa makwe-makwe tengah borak. Bisingnya mengalahkan peminat Maher Zain. Sebagai lelaki yang gentleman, gua biarkan sahaja. Baik gua borak dengan nasi lemak.

Selesai menjamu selera, gua bingkas bangun ke kaunter menyempurnakan bayaran. Namun, tokey tiada di situ. Sedang mengambil order orang lain. Gua tunggu. Tiba-tiba datang seorang brader pandang gua dan cakap..

“Nasi goreng kampong satu!, Teh O ais satu! bungkus aa..!”

DUUPPPPP!!!

Gua bagi penerajang Wiro Sableng. Brader yang memakai bush jacket itu menggelupur terbaring atas lantai dengan mulut berbuih.

“Suka hati dia ja nak order…”

Related Posts:


About this entry