Pahit manis menuntut ilmu

Lepas sembang lebih kurang, gua minta diri dulu dengan Own. Dah dapat rokok sedap sebatang, cukuplah. Lagipun Own berborak pun tak berapa sangat dah. Hati berat ke porno.

Ok. Sekarang gua dah depan Cimb. Ini masanya gua nak minta duit dengan dinding.

Tit..tit..

Peh..!!

Gaji dah masuk. Tak semena-mena gua jadi sombong. Tekak terus muncul selera nak makan mekdi. Rokok baru bakar di bibir, gua baling jauh-jauh. Kertas kertas bernilai itu gua selit elok elok dalam dompet. Gua peh lagi sekali. Jarang jarang dompet gua tebal macam ni. Tak macam belajar dulu. Kalau jalan bawa dompet ke tak bawa dompet sama saja. Nipis tak ada isi.

Gua diam. Fikiran gua melayang teringat kenangan lalu.

***

Itu tahun, gua masih lagi menuntut ilmu dekat Politeknik Kota Kinabalu. Umur baru masuk 20-an. Muda lagi. Masa tu gua duduk dekat Likas, Sabah. Tak pakai lagi BMW M3. Sekarang pun tak pakai. Kadang kadang ada satu masa tu memang takde duit langsung. Perut asyik bunyi kruk kruk kalau baring. Makan sekali sehari. Itu pun makan roti separuh harga. Takdir baik sikit dapat ehsan member member belanja dekat Pasar Inanam. Merasa juga Cakui panas kaya lebih. Rokok pulak setakat Pall Mall. Sampai sekarang Pall Mall. Kadang kadang dapat juga gua pau rokok @Kedaitok.

Hari cuti sabtu ahad duduk rumah. Tak dan nak jalan jalan. Petang petang takde dah lepak Centre Point KK usha makwe rambut kuning. Duduk rumah saja ber-shuffle secara solo. Main gitar. Main kepung titik dekat buku math yang petak petak tu. Tak pun turun tingkat bawah Taman Public, jadi pekerja Telekom secara part time. Dapat juga mengimplemenkan ilmu komunikesyen. Free pun free.

Kalau dapat jumpa duit sikit celah seluar yang tak basuh merasa juga makan pisang goreng bawah rumah. Boleh juga buat cover sampai malam. Pernah sekali member datang dari kampung kebetulan bawa lori megi. Peh!, kenduri megi ayam budak rumah masa tu. Gua senyum nipis sambil geleng kepala.

Sedih beb. Rasa macam nak jadi pondok telefon.

Related Posts:


About this entry