Optimism
Habis saja mesyuarat petang Jumaat, gua lepak pejabat. Perjumpaan dengan penyelia projek petang tu gua dah batalkan. Di pejabat, gua buat apa-apa yang patut mengikut kadar rokok. Oleh kerana kadar rokok banyak, lama juga gua lepak. Sama macam mula mula masuk kerja dulu. Kalau rokok ada dalam sebatang, sikitlah gua buat kerja selepas waktu pejabat. 2-3 tahun kebelakangan ini gua dah kurang scene lepak pejabat lama-lama.
Sambil sambil tu gua bancuh Teh O. Teh O gua beli sendiri tapi gula, gua bantai dalam pantri. Sapa punya gua tak tahu. Gua dah minta. Hari raya nantilah gua minta halalkan. Gua ikhlas. Kalau jumpa susu, gua senyum bukan main suka. Cuma ada sekali gua tersilap terbancuh Teh O dengan garam. Gua ingatkan gula. Bersembur bila minum. Tak patut betul dia punya rasa.
Dah habis buat apa yang patut, gua buat benda yang tak patut. Gua usha-usha blog lebih kurang. Komen-komen spam gua biarkan, tahulah dia erti bosan nanti. Gua ingat nak kasi sentuhan HTML5 dengan CSS3 dekat ini blog. Nak ikhtiar hidup pada masa sekarang ni dengan teknologi mencabar memang perlu. IPhone muncul teknologi paparan web tukar. Android muncul, tukar lagi, IPad muncul.. Rasa macam celaka asyik tukar rekabentuk. Ini satu perkara yang tidak sihat. Baik gua fikirkan rekabentuk web yang responsif. Tak payah nak fikir lagi jenis mobile browsing. Tak payah fikir nak separated domain. Fleksibel fluid dan fleksibel imej. Barulah king of responsive web design!
Baru gua nak start buat kajian. Momoji telefon ajak lepak kedai Cik Noor. Tak elok juga kalau gua tolak. Nanti apa pula kata Persatuan Juruteknik Malaysia dan Persatuan OS Symbian.
Sampai DPP, kedai Cik Noor kensel sebab warung Abg hanif buka. Minum makan gua datang secara auto. Habis makan pung pang pung pang rokok sebatang dua. Apa gila sembang paru paru kosong? Sambil sambil tu kasi repair sikit leptop Abg Hanif. Dia kata Firefox dia rosak. Gua geleng kepala bila dia panggil “Monzilla” Firefox . Tak boleh nak akses Youtube. Bila buka, gua geleng kepala lagi sekali. Banyak betul plugin-plugin yang tidak sepatutnya untuk seorang peniaga warung. Plugin berat ke porno. Anak saudara dia selalu guna katanya. Mana pakcik makcik yang ada anak, jangan kasi main leptop suka hati. Jangan kasi main Fesbuk. Fesbuk ni jahat mengalahkan hantu kopek. Yang cikgu cikgu kalau ada anak murid yang buka fesbuk time makmal, baik tampar awal awal. Bahaya.
Selesai makan, gua kasi sentuhan baru dekat rambut, janggut dan misai dekat kedai gunting DPP. Kebetulan esok sabtu. Gua cuti. Kebelakangan ini gua memang tidak berselera mempunyai misai dan janggut. Tapi tak semestinya tak rokes brader.. Cuba lu orang tengok Amy Search tu..
Apabila gua yakin solid dan garing, gua sikat rambut guna jari. Gua pandang cermin kiri dan kanan. Di sebelah gua, kebetulan Momoji juga sedang dicukur rambutnya. Dengan baju pejabat masih tak tukar dari pagi gua tanya dengan yakin.
“Amacam..? Ada macam Johnny Depp tak gua..?”
p/s: Okey, gua tipu…tapi gua rasa jauh di sudut hati, dia akui..
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Optimism,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 13.06.11 / 1pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- Gua Juga Manusia, Momoji
