Ngeri

“ndak mau!!”

“buka cepatt!!!”

“ndak mau!! ndak mau!!”

“bukak la pintu nak oi! bukannya sakit sangat!”

“ndak mau!! ndak mau!! aku tak mau la!!”

Orang mula ramai mengerumuni pintu bilik. Pintu bilik di ketuk bertalu talu. Di dalam bilik seorang budak lelaki berusia 10, menangis ketakutan. Sudah hampir sejam Adi (bukan nama sebenar) berada di dalam bilik kakaknya itu.

“Bukak la pintu nak.. tak panas duduk dalam bilik lama lama? Ni ada pulut dengan ayam goreng masak pedas kesukaan kamu.”

Mak si Adi, Puan Ida mula memujuk anaknya agar membuka pintu bilik. Faham benar dia akan perangai anaknya yang satu ini. Namun, tidak pada hari itu. Walaupun tenaga elektrik masa tu hanya boleh di dapati pada waktu malam sahaja, Adi langsung tidak menghiraukan bahang panas bilik. Hari tu memang panas, sampai ke hati panasnya.

Orang ramai mula riuh. Ada yang berpeluk tubuh. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri. Ada juga yang ketawa melihat gelagat si Adi. Tidak kurang juga yang melilau di bilik sebelah mencari alternatif untuk membuka pintu. Sambil memejamkan matanya, Adi terus saja menjerit,

“tak mau!! Sakiiitttt!!!”

Keadaan menjadi semacam huru hara. Makin ramai orang dari bawah kolong naik ke atas melihat. Bapak kepada Adi, Pak Hinta yang sedari tadi hanya mengeleng geleng senyum melihat gelagat anaknya itu. Mahu saja dipecahkan pintu bilik dan mengheret anaknya itu.

“Adi!!!”

Tiba-tiba satu suara yang garau dan parau datang menyambar kesemua gegendang dan koklea khalayak dan juga Adi. Semua terdiam. Semua memandang ke arah suara bak halilintar memecah bumi yang menggetarkan otot jantung dan kepala lutut itu.

“kalau kau tak mau buka, atok akan potong pakai pedang!!”

“pedang!!!”

“yaaa….pedang.. pedang berbisa!!”

“tak nak!!!!!!!!!!!!”

Jeritan Adi kali ni lebih kuat dan nyaring! Boleh di dengar selang dua tiga rumah.

“kalau tak mau, baik kau buka… SEKARANG!!!”

Sepantas kilat, Adi terus membuka pintu bilik. Langsung dibuka, orang ramai pun apa lagi, terus menangkap tangan dan tubuh Adi. Dia nampaknya telah kurang meronta. Lima orang lelaki dewasa yang memegang Adi, memimpin dan menuntunnya naik ke ruang tengah rumah. Di situ, Imam Burhan sedang bersila dengan tegap sekali. Rupa rupanya Imam Burhan hanya melontarkan vokalnya dari dalam rumah. Sebagai pemegang rekod tahan nafas paling lama, dia menggunakan otot perutnya sewaktu mengeluarkan suara.

Orang ramai meletakkan Adi di hadapan Imam Burhan. Secara perlahan-lahan mereka melepaskan tangan mereka. Satu persatu. Seorang demi seorang berundur meninggalkan Adi yang nampaknya sudah bertenang. Dia menundukkan mukanya mengadap Imam Burhan. Maklum saja, Imam Burhan memiliki sosok seorang pendekar. Walaupun tidak bermisai namun sudah cukup menggerunkan. Jangankan lelaki gagah, bencong juga pasti akan lari lintang pukang kalau menatap wajah Imam Burhan.

Imam Burhan menghunuskan pisau tajam yang berkilat. Adi dapat melihat imej wajahnya yang terbalik sedang memandang dirinya di bilah pisau tersebut.

“kangkang atas tu, bukak kain kamu..”

Seperti dipukau, Adi menurut perintah. Punggung Adi rasa sejuk dek batang pisang di celah kangkang. Ayah Adi, hanya dapat memandang dari jauh. Dia dan orang ramai, tidak dibenarkan naik dan duduk bersama Adi. Di ruang tamu hanya ada Adi, Imam Burhan dan pisau berkilat tajam.

“Mengucap, baca Al-fatihah…pandang atas.”

Sekali lagi Adi akur. Adi dongak ke atas. Imam Burhan menelangkupkan songkok menutup mata Adi. Belum sempat Al-Fatihah dihabiskan..

Zzzraapp! Zasss!

Rasa pedih, ngilu dan pilu ya amat sangat menguasai celah kangkang Adi. Orang ramai yang melihat bagai terasa kekebasan dan kengiluannya. Belum sempat Adi berkarok, tiba-tiba pembantu Imam Burhan menyumbat pulut yang telah dikepal kepal dan meletak limau nipis yang dibelah dua ke hidung Adi. Perlahan lahan, badan kembali segar, rasa pedih, nak pitam dan ngilu turut hilang diganti rasa nak kawin.

Seekor kerbau, seekor payau, dan seekor kambing ditumbangkan sempena kenduri khatan hari itu.

++++

Seminggu berlalu.

Kisah Adi masih tak hilang. Orang kampung masih bercerita di kedai kopi, di pasar dan di surau. Tapi luka di bahagian khatan Adi telah sembuh dan sihat. Adi sudah boleh mandi-manda tamblin belakang di sungai kedua walaupun masih terasa bentan sedikit semasa bermain teng-teng.

++++

20 tahun berlalu.

Cilake! Apa hal dulu takda henpon? ubat bius? kalau tak boleh main Fishing Pro dalam Android, atau Angry Birds dalam IPad!

Related Posts:


About this entry