Mustahil hidup tanpa hutang brader
Dalam pukul 1 tengahari, macam biasa Asri dengan Boboi ajak gua lepak makan di cafe yang tidak berapa jauh dari pejabat. Macam biasa, kalau orang ajak makan, pantang gua tolak. Sebab itu gua pantang kalau ada orang tolak gua ajak makan.
Sambil gua makan nasi, gua layan CSI. Macam biasa, siasatan pembunuhan berjaya. Endingnya, anak muda nak bunuh diri terjun bangunan tapi mendarat atas tilam. Gua senyum nipis bila terbayang budak yang cuba bunuh diri ni kena lempang dengan bapak dia.
Gua geleng kepala.
Selepas 22 kali tangan berulang-alik dari nasi ke mulut gua, nasi pun habis. Kemudian gua ke sinki membasuh tangan. Dalam perjalanan, tiba-tiba gua perasan ada satu brader pandang gua semacam sambil menyinsing lengan bajunya. Gua balas balik dengan pandangan paling gengster. Lama juga pandangan matanya. betul betul ganas. Isyarat mahu kelahi. Gua jadi naik angin.
“Ko apahal? ada hutang?”
Jerit gua.
Kali ni gua kasi pandangan mata king of ganas. Nak buat brader tu kelam-kabut. Celaka. Macam tak ada hal pula brader tu. Gua datang rapat pula. Nak kasi brader tu takut. Gua semakin dekat dengan brader tu. Betul-betul hampir. Dalam 4 langkah lagi.
***
Gua pergi hisap rokok.
Gua memang tak minat scene hutang hutang ni. Tak ada seni!
***
Gua semakin dekat dengan brader tu. Betul-betul hampir. Dalam 4 langkah lagi. Tiba-tiba brader tu bersuara..
“Ya, hutang lu sepuluh ringgit bila nak bayaq!??”
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Mustahil hidup tanpa hutang brader,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 10.06.11 / 6am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- Bustamin