Lambaian Konvo
Di dalam persekitaran subuh yang kian pagi, gua tenang menghayati sekole air panas berperisa teh sambil merenung jubah konvo gua yang 60% warnanya hilang tempat bergantung. Renungan gua tajam mengamati jubah yang entah berapa generasi punya. Konvo yang ke 39. Jangan-jangan jubah ini sudah 39 generasi? Warnanya semakin pudar ditelan usia.
Hari tu gua ada cakap tak nak pergi konvo. Last-last pergi ke tak pergi kena bayar. Akhirnya gua pergi juga. Mana gua nak letak muka. Dah jadi satu hal gua nak sediakan peralatan berbaju untuk konvo. Baju melayu gua dalam almari tu pun dah bau lipas. Seluar dia entah ke mana.
Khamis. Pagi pagi lagi gua kena pergi raptai konvo UKM. Pukul 8.30, semua dah kena beratur menghadap dewan dectar. Awal betul. Tak ada langsung nak timbang rasa dengan jadual tidur gua. Itu yang kadang-kadang dah lari ‘tune’ muka tahan berak. Mana steady kalau raptai sebelah makwe tapi tahi di hujung tanduk.
Sampai pintu hadapan untuk masuk ke dewan dectar, kutu-kutu kelas gua lingkungan 24 hingga 37 tahun dah ready tersengih-sengih. Wajah masing-masing rasa puas. Itu baru raptai. Agak-agak hari konvo punya sengih nanti macam mana? Tak sampai sejam gua duduk dalam dewan gua keluar pergi hisap rokok. Kemudian gua pergi ambil tali leher UKM. Benda-benda percuma ni gua susah nak tolak.
Tidak lama selepas itu gua pekena nasi ayam kampung dekat bangi.
Gua ucap tahniah kepada diri gua sendiri. Peduli apa gua.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Lambaian Konvo,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 23.09.11 / 9am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- UKM