Klasik Ramadhan: Gua dan Herry
Batang Kali, 2003-2004.
Seperti biasa pukul 8.30 pagi gua dan Herry pecut ke lokasi tempat kerja di Rasah menaiki motor berkuasa rendah. Gua dan Herry sama jawatan. Berkerja di satu syarikat yang mendapat tender menyiapkan rel keretapi berkembar eletrik Rawang-Tg. Malim. Dan jawatan itu selalunya berubah mengikut persekitaran. Ada masanya gua kerja mengalahkan buruh kasar, ada masanya gua jadi mandur, ada masanya gua duduk pejabat edit gambar dengan anak bos nama Ayu, dan ada masanya gua tak ada kerja atau tidur dekat rumah.
“Puasa?”
Tanya Herry setibanya di ‘site’. Hitam manis orangnya. Rokes utara Berambut panjang.
“Puasa.”
Jawab gua lesu. Herry cuma angguk sambil bersedia memulakan kerja. Kerja berat. Kerja menggali dan memasang laluan paip 500mm. Kadang-kadang melecet juga tangan pekena skop. Sarung tangan pun tak lut.
Menjelang tengahari kami berhenti rehat. Lokasi kerja pun dah boleh dipanggil hutan. Banyak pokok rimbun untuk dijadikan tempat berteduh.
“Hang letih?”
Tiba tiba Herry bersuara.
“Mana ada letih. Ini straight buat 3 hari boleh jalan lagi.”
Jawab gua sarkastik peringkat rendah. Herry sengih-sengih.
“Gua ingat nak pergi Rasah pekena ayam goreng. 15 ringgau dalam poket gua ni cukup untuk 2 orang rasanya. Lu tak nak ikut?”
Ajak Herry sambil duduk mencangkung membuat perkiraan matematik.
“Ishh.. Tak nak la. Gila apa, lu tak puasa?”
Jawab gua sedikit membentak. Dalam hati terasa juga letih dan lapar selepas separuh hari bekerja.
Herry diam. Gua diam.
+++
“Orait. Kita bergerak sekarang!”
Arah Herry sambil pandang kiri kanan dengan helmet tak buka. Herry meletakkan ayam goreng dalam bakul motor. Masa tu dah tak takut kat tuhan. Dia takut kat masyarakat. Panas lagi gua tengok ayam tu. Plastik sikit lagi nak cair.
Sampai di lokasi tempat kerja tadi, kami membuka juadah berbuka puasa ayam goreng dengan air liur meleleh.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Klasik Ramadhan: Gua dan Herry,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 19.08.11 / 12am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags: