Klasik 2009: Tengok wayang
![]()
Hari ahad biasanya gua cenderung bangun pagi. Hari lain liat. Gua tiba-tiba rasa macam nak tengok wayang. Apatah lagi filem Transformers. Ditambah pula jenis Hai Depinisyen punya wayang. Peh, memang lain macam dia punya semangat. Orang lain dah tengok tiga empat bulan lepas dah. Gua bingkas bangun pergi dapur. Gua on suis alat pemasak air.
Kemudian, gua bersiap mandi dengan sepenuh hati. Bersihkan diri dengan teliti dan berkualiti. Bukan senang nak dapat peluang mandi lama-lama macam ni. Asyik sibuk je berjalan tak ingat maghrib. Sambil itu gua terbayang-bayang trailer Transfromer.
Selesai mandi, gua pergi dapur lagi sekali. Memang ‘ngam timing’. Air yang tadi sejuk kini panas menggelegak siap untuk berkhidmat. Gua buka teh sebungkus yang Am baru angkat di pasar raya. Gua bancuh Teh O panas yang paling solid. Bila sudah siap, gua kasi test dia punya rasa. Peh! Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Resepi ‘tune’ bancuh Teh O ni kalau dapat ke pasaran gelap boleh makan juta-juta ni..
Gua masuk bilik. Teh O gua letak atas meja. Biarkan panasnya menjadi panas nikmat untuk diminum. Gua tak biasa minum minuman sejuk. Sebolehnya, gua tak sentuh ais. Apatah lagi hisap ais. Hari cuti, gua berdepan tugas sukar mencari pakaian sesuai tengok wayang. Gua jeling tajam baket yang penuh dengan baju belum berbasuh. Selepas puas menyelongkar, akhirnya dapat t-shirt berbau almari. Gua senyum nipis.
Dah settle semua, gua tutup lampu bilik. Bilik jadi samar-samar. Cuma cahaya dari tingkap langsir separuh gua tak boleh buat apa apa. Gua ‘on’ suis projektor..
Hari itu, sampai ke petang gua layan wayang secara marathon di bilik. Bukan setakat Transformer. Habis satu, satu gua pasang. Bukan senang nak tengok wayang dengan skrin berskala dinding.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Klasik 2009: Tengok wayang,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 26.06.11 / 6am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- DPP