Klasik 2004: Pengalaman Mengisi Minyak
Pada satu tengahari, gua baru bangun. Semenjak cuti semester, mudah sangat ikut perangai iblis. Tambahan pula, tidur ber’ekon‘. Letih perjalanan dari Ipoh ke Selangor pun tak hilang lagi. Sebenarnya gua balik lepak dengan bapak gua dekat Bukit Kemuning Shah Alam. Rumah kedai milik majikan bapak gua. Dia punya besar dah sama level dengan gudang. Boleh sangat kalau nak buat 4 gelanggang futsal. Ada satu ruang pejabat tu bapak gua modify jadi bilik tidur. Peh! Dia punya sejuk sampai nyamuk tak boleh berhabitat.
Sejurus selepas bangun gua terus cari nasi. Rokok ni gua tak into sangat kalau belum makan. Kena cari nasi dulu. Bapak gua pula subuh subuh lagi dah keluar. Rumah kedai dah tentu-tentu tak ada dapur. Yang ada cuma pemanas air dan balang neskafe sama gula. Selang beberapa 4-5 deretan kedai dari ‘rumah’ gua tu ada kedai mamak. Gua tak ingat nama. Kebetulan gua tengah parak. Nak beli rokok pun tak cukup. Inikan pula nak beli nasi. Dalam pada itu, gua dah stenbai gulungan kertas surat khabar buat jadi rokok nanti.
Kring..kringg..!! krinngg kringg..!!
Gua berlari pergi angkat telefon. Mana tahu kot-kot ada makwe poli telefon ajak berborak. Kenyang juga.
Sangkaan gua meleset. Bapak gua telefon.
Pung pang pung pang..
“Dalam laci dalam bilik ada RM50. Jangan lupa isi minyak kereta.”
“Minyak 50?”
“Ya!”
Ktak!
Bapak gua zaman tu masih garang. Tapi apa gila gua sarapan dengan minyak. Gua ingat masa tu kerajaan baru naikkan harga minyak. Naik berapa gua tak ingat. Tapi harga minyak seliter ada dalam RM 1.30 itu macam.
Pagi nanti gua sambung. Tiba-tiba gua rasa mengantuk..
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Klasik 2004: Pengalaman Mengisi Minyak,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 17.07.11 / 12am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags: