Kad
Percint 16, dekat dekat nak maghrib..
“Gua tak fahamlah permainan tu. Macam mana mainnya?”
Tanya Momoji.
“Pia Pia Pu ni sama macam Poker dia punya rule. Pairs, straight, full house apa kebende semua sama.”
Gua cuba terangkan sejenis permainan kad daun terup sambil menikmati nasi putih paprik ayam percint 16.
“Cuma ada penambahan sedikit. Lagi satu bet, call, raise, atau fold takda dalam Pia Pia Pu.”
Sambung gua lagi. Momoji hangguk hangguk, gua anggap dia faham.
“Balik nanti lu tunjuk gua macam mana nak main”
Kuarters Percint 5..
Setibanya di kedai runcit, tengok saja muka gua, mamat Aceh merangkap pembantu jualan terus membuka cermin bekalan. Macam tahu tahu saja.
“Merah ya.”
Gua cuba yakinkan supaya tidak tersilap bekalan. Orang ramai yang tengah beratur tidak gua pedulikan. Terus ke depan mengambil bekalan. RM10 bertukar tangan, belen di kembalikan.
“Kad ada?”
Tanya Momoji tiba tiba kepada mamat aceh merangkap pembantu jualan tersebut. Kad? Gua malas nak tunggu terus blah dari situ. Gua tinggalkan Momoji. Butang 11 di tekan. Lift meluncur laju. Kurang 11 saat sampai tingkat 11.
Belum sempat hendak melabuhkan punggung di kerusi, gua dengar suara orang gelak bagai nak gila.
“Apahal?”
Gua menunggu jawapan dari mamat yang memegang rekod sebagai manusia terbesar di Kuarters Percint 5.
“Kad ada?”
Momoji tanya dekat mamat aceh tu.
“Ada. Nak yang berapa ringgit?”
Yakin dan bangga mamat aceh tu tanya Momoji balik. Apa hal beringgit ringgit pulak ni? Momoji pun dah mula syak.
“Yang biasa je bang.”
Momoji jawab jujur sambil tangan mengecek poket seluar kira baki duit yang dia ada. Sebelah kanan Momoji, makcik nak beli sayur, sebelah kiri pak guard tengah pegang sejadah.
“Sepuluh ringgit.”
Selamba mamat aceh tu bagitahu harga sambil menghulur ‘kad’ yang Momoji pesan. Pergh! apa hal mahal sangat?. Sekali tengok mamat aceh tu hulur kad tambah nilai Hotlink RM10. Mahu berderai Momoji gelak masa tu tapi Momoji tahan dulu.
“Bolehlah ni”
Sebab nak kaver baik punya dari makcik beli sayur, pak guard tengah pegang sejadah dan juga mamat aceh merangkap pembantu jualan, Momoji capai walet, keluarkan duit emergency lima puluh ringgit. Momoji pun blah dari kedai tu.
+++
+++
“Gua dah cakap, pemahaman orang seberang lain. Kahkahkah!”
Gua urut dada mengeleng geleng tahan gelak.
“Gua nak beli KAD DAUN TERUP! Bukan kad tambah nilai Hotlink! Kalau kad tu baik gua topup dalam Mayban2u je!! Kahkahkah!!!”
Momoji gelak guling guling sambil memaki hamun.
“Tak pasal pasal duit emergency kene guna. Cilake!”
Malam itu, kami turun bawah cuba memahamkan pembantu jualan tersebut perbezaan KAD daun terup dengan KAD tambah nilai hotlink.
Related Posts:
About this entry
“Gua nak beli KAD DAUN TERUP! Bukan kad tambah nilai Hotlink! Kalau kad tu baik gua topup dalam Mayban2u je!! Kahkahkah!!!”
- Published:
- 29.01.11 / 10pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari