Jerebu
Peh! boleh tahan jerebu pagi ni.
Kata hati gua sambil pandang ke bawah dari tingkat 11. Deretan kereta kelihatan samar-samar. Gua geleng kepala. Kereta sendiri park dekat mana pun gua tak nampak. Jerebu makin menjadi-jadi. Sapa punya kerja bakar hutan pun gua tak pasti. Tapi gua tak boleh salah siapa siapa. Mungkin itu lumrah kitaran semulajadi.
Dengan gaya seorang pelajar yang berwawasan, gua menyusuri kepekatan pagi menuju UKM dengan kelajuan kadang-kadang sederhana, kadang-kadang sukar dibaca. Sepanjang jalan, gua terpaksa berhadapan dengan lori-lori pasir di jalan raya. Menyusahkan gua selaku wakil kereta berkuasa sederhana. Asap jangan cakaplah, mencurah-curah keluar dari ekzos lori masing-masing. Betul-betul punya asap pencemaran. Power punya asap. Belum kira lagi kereta-kereta lama jenis asap satu kilometer pun masih ada lagi. Boleh dikatakan hampir 80 peratus lori-lori dan kereta-kereta mengeluarkan asap yang mengandungi karbon monoksida melebihi 4 peratus. Kalau ada road block karbon monoksida tu, memang dah kena saman. Gua geleng kepala lagi sekali.
Pagi-pagi lagi paru-paru gua terpaksa bekerja keras mempertahankan diri. Gua bukan apa, pagi-pagi ni memang gua suka tak pakai ekon. Biasanya, angin pagi gua kasi can menguasai kereta gua. Gua memandang wajah-wajah pemandu di jalan raya. Mereka sedikit pun tidak merasa bersalah terhadap dunia dan alam sekitar. Tak mahu ambil tahu langsung pasal alam sekitar. Pasal jerebu. Pasal kepanasan dunia. Yang mereka tahu, sampai ke destinasi sahaja. Kerja jalan, gaji masuk. Gua berang. Gua seluk poket baju depan.
Tak lama kemudian, gua sampai ke destinasi dengan asap mencurah-curah keluar ikut mulut. Dekat mana pula diorang buat meeting ni..
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Jerebu,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 14.05.11 / 10pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- Alam Sekitar, UKM