Jepun 2, Norway 1
Negara bolasepak paling berjaya di Asia, Jepun mengungguli saingan pembukaan Winning Eleven Kumpulan A Piala Dunia 2011 selepas menang tipis 2-1 ke atas pasukan mau-duduk-putrajaya-minggu-depan, Norway petang tadi.
Jepun membuka jaringan menerusi rembatan kencang Takuya Honda di luar kotak penalti pada minit ke-24. Keseluruhan babak pertama tampak dikuasai oleh Samurai Blue dengan Norway lebih banyak mengejar bola.
Norway bagaimanapun mula menunjukkan peningkatan positif pada separuh masa kedua dan pada minit ke 68, Norway di selamatkan oleh pemain tua, John Carew yang menanduk masuk hasil sepakan kona bagi menyamakan kedudukan.
Reputasi Jepun sebagai juara Asia 3 kali dibuktikan pada minit ke 70 menerusi Keisuke Honda selepas permainan cantik one-two melalui Shinji Kagawa dan menggandakan kedudukan.
Kebuntuan, Norway cuba untuk bangkit dengan masa perlawan yang semakin suntuk bagaimanapun banyak dinafikan oleh penjaga gol jepun, Eiji Kawashima walaupun Jepun belum mengaktifkan mod kamikaze.
Di luar padang, indeks awek Jepun semakin meningkat.

Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Jepun 2, Norway 1,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 28.01.11 / 6pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari