Ikan goreng masak kicap
Sudah jam 10.30 pagi! Janji melayu semalam nak pergi Taman Cabaran Putrajaya jam 8 pagi tidak kesampaian.
Cuaca hari sabtu atau dekat Sabah orang kebanyakan panggil hari-6 agak baik. Awan mendung malu-malu nak keluar.
—
501 gua sarung ganas. Sempit. “Kena pegi Jusco nampaknya ni..” – getus hati menenangkan. Kunci evo, wallet, henpon dan aksesori lain gua kemaskan di poket. Takut lupa.
Kereta dihidupkan. Memecah kesunyian di tengahari. Jam kereta dah menunjukkan 11 pagi. Harapan nak brekfes dekat DPP gua batalkan. Meter minyak tidak mengizinkan. Seperti iklan panadol Tengku Dijan, gua pandu kereta dengan kemas keluar dari kawasan kuarters sambil pak guard mengeleng-geleng kepala. Kedengaran juga nuts dan bolt kereta saling berlanggaran bagai nak jatuh.
—
“Pam 3 RM50.” – sambil gua belek wallet dan hulur not rm50 yang tinggal sekeping kepada makwe petronas percint 16 yang bertugas. Gua belek lagi wallet yang kosong mana tahu dengan izinNya ada lagi duit yang tersorok. Kosong. “Lepas isi minyak kene cucuk dinding ni.”
Masa nak pegi kereta gua terpandang Nor Iza Azua. Gua senyum muka minta belanja MekD. Dia balas senyum kayak nak cepat. Hampa. Lepas isi minyak gua terus ke medan selera percint 16.
—
“Bagi nasik. Minum bagi Nescafe panas” – dengan pantas gua minta nasik dengan brader kelate tu berbekalkan nafsu serakah yang tinggi selepas melihat ikan goreng masak kicap. Gua cari tempat yang best. Bawah kipas punya. Duduk depan gua dua orang makwe dengan mak makwe tu. Ah. lapar bangat. Lima minit semua selesai. Sedapnya jangan ceritala. Layan bai. Momoji kalau ada pasti kecewa.
—
“Kira bang..” – tanya gua pada brader tadi. Wallet dikeluarkan.
“Makan apa tadi?.” – brader tu rilek menarik kalkulator.
“Ikan goreng tu dengan sayur ni” – balasku sambil menunjuk makanan yang gua ambil tadi.
“Empat ringgit lapan puluh sen.” – brader tu bagitau harga sekali dengan air.
Gua buka wallet. Muka gua berubah. Kecut rasa nak demam pun ada. Saat itu gua rasa nak balik rumah makan megi pun tidak mengapa.
Nota Kaki:
Nasib baik la gua ada menabung sikit-sikit dalam kereta. Maunya tadi jadi pekerja part time. Basuh pinggan!
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Ikan goreng masak kicap,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 19.12.10 / 9pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari