Skip to content


Hari Kelahiran

Tak sedar tarikh ni datang lagi, kejap je. Tapi tahun ni aku rasa lain sikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Aku tak pernah pun ambil berat ulang tahun kelahiran ni sebab aku selalu lupa..Celcom yang ingatkn siap bagi free sms/call ke 8 nombor 8pax. Banyak juga sebab kenapa dari kecik lagi aku tak pernah sambut hari kelahiran ni. Antaranya kerana aku tak diberi royalti kerana “Harijadi” itu diambil bersempena nama aku, tambah “J” je..haha!

Bagi aku tarikh ni sama je mcm aku tgk nombor2 kat kalendar. Dari januari hinggala disember dan dari situ kita dpt mengira jarak matahari ngan bumi, alignments tertentu bagi bumi dgn bintang2, planet2.. dan yang paling penting nak tahu malam Sabtu (jumaat) ngan malam Ahad (sabtu). haha! blh aku tdo lama sikit. Cuma yang bezanya bila tarikh yang aku lihat hari ni sama dengan tarikh lahir aku. 07 hb 3! dan setahun lagi dekat dengan kematian! hehe.. da bulan 3 da..

Patutla khamis hari tu (5/3/2009) aku dapat bungkusan hadiah.. dari seorang kawan. Mula-mula hairan la juga. Siap pakai GDex lagi. Alamat opis plak tu! Lantakla..bom ke, anthrax ke..janji buka dulu..Buka-buka je..peh! aku suka la gift ni! pengirimnya tak baca lagi masa tu..rakus!

Dompet Levis

Dompet Levi's

Dompet Levis

Dompet Levi's

Apa pun, terima kasih la bagi aku hadiah ni. Ingat jugak ko kat aku. Arigato gozaimas!

Buat Ina, terima kasih atas segalanya. Sanggup ko tepon aku eh..jgn sedih. Sabar dan keikhlasanmu pun dah mencukupi..

Sesetengah orang (macam akula), lebih suka duduk sorang-sorang berdialog dengan diri sendiri tentang kehidupan berbanding dengan majotiri orang lain yang lebih suka dengan sambutan yang di attachment dengan hadiah. Bukan aku tak suka, cuma tak tenang rasa..Sometimes, there are gifts far better than the normal gifts. Sesuatu yang tidak boleh dilihat, disentuh tapi boleh dirasa. Ya.. Harapan…

Hope by *frixin

Hope by *frixin

Aku terfikir.. apa yang dah aku buat dalam setahun ni? dan kemudian apa yang aku nak buat setahun yang akan datang nanti? dan tahun seterusnya? aku boleh jawab tapi memang aku akan tipu punya..hehe. Dalam tempoh 4 tahun dah keje ni, banyak yang aku belajar.. tentang kehidupan.. yang salah, yang betul. Ya..kita diciptakan masing-masing punya destinasi. masing-masing carry our parent’s hopes. Tapi, adakah histories masa lepas memberi kesan kepada kita? Terpulang kita sendiri untuk memilih jalan yg terbaik..atau harus lari ke hutan belok ke pantai? cewah

“Masa umur ko ni, bapa dah ada adik ko yg ketiga”..pedihh!! ingat lagi kata-kata beliau lelaki (panggilan untuk ayah bagi sesetengah org kat LD) masa aku balik kampung bebaru ni . Dalam je maksud..macam selalu, buat bodo je! Jodohnya masing-masing. Aku dalam proses penstabilan dulu, walaupun cek list tak pernah dpt markah penuh. Anak bapak ni pelik sikit tapi InsyaAllah akan aku tunaikan (poyo je)..aku janji pak! Lepas ni aku ajak bapak gi buat sesi taaruf..

Tapi hidup ni memang singkat, memang palat tp aku tetap terima. Aku akan selesaikan misi-misi ini dengan jayanya. Banyak cakap pun tak guna.

07/03/2009 = 10 Rabiulawal 1430 .. Happy Birthday to me..

..dengan harapan tahun depan aku dapat selesaikan semua misi.. hihi..
Aku nak tido ni..da masuk 2 pagi
kene gi opis pagi nanti..ada oti
nak ajak juruteknik sorang ni..
bawa skali ayam golek hidangan tengahari..
tu pun kalau dia ingat janji
kalau tak, ada yang makan kaki!
tu pun kalau aku berani
hihi!

Posted in Diari.

Tagged with , , .


2 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.

  1. momoji says

    percaya atau tidak juruteknik tu adalah aku… momoji bhai…….untuk pengetahuan semua tujuan aku membawa ayam goreng sekor tanpa dipotong adalah untuk meraikan harijadi hariadi..huhuhu tapi takmo cakap laa secara direct.. biasa arr.. lelaki ego aku jadikan ayam sebagai alasan untuk dier tolong aku buat laman web http://www.fauzi.net akhirnya.. ayam tu aku gak yang balas sampai tinggal tulang harharhar… nasib baik aku tak beli lilin sekalikalau tidak mesti dah pacak kat dada ayam tuu.. untuk mat adi aku doakan semoga panjang umur dan dipertemukan mesir dan nill( teman sejiwa)..dan cepat2laa buat sesi bertaaruff tuu.. kalau tak suka bleh tambah kawan – ayat² cinta..jgn sampai menimbulkan fitnah dah laa..

  2. Hariadi says

    Nanda kuria..



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.