Hal Ramadhan
- Berat badan dah susut tapi saiz seluar makin berat ke Roy (boroi)! Gua ingat ini cuma imaginasi di bulan puasa.
- Tengahari semalam gua tidur dalam kereta. Pukul 3 petang baru kejut. Kahkahkah! Sebelum itu ada beberepa makwe cuba kejutkan gua namun gagal. Lama gua tinggalkan scene tidur dalam kereta masa bulan puasa. Last sekali masa pejabat gua dekat Putrajaya. Solid betul tidur bawah tangga bersuhu bilik belakang data centre.
- Semalam juga gua masuk meeting bincang hal-hal web Puspanita JPA. Gua memang memang tak ada hal la tolong apa yang patut. Mana perlu kasi pink mana perlu kasi bunga. Jawatan Presiden Puspanita selalunya isteri kepada Boss sesuatu agensi. Masa tu dalam kepala gua, timbul satu akal solid. Kalau isteri Boss ada empat, isteri keberapa yang kena lantik jadi presiden?
- Satu makwe solid yang dah lama tak jumpa menjelma masuk dalam mimpi gua. Tak banyak beza macam Agnes Monica. Bangun je dari tidur terus gua SMS. Dia tak ada apa-apa. Yang membuatkan gua merasa gelihati dan tersenyum nipis tu, makwe solid tersebut menjelma menjadi vampire. Jenis tak respek langsung! Dalam pada itu, manis je muka vampire tu.
- Gua tak cukup masa untuk membalas komen Fesbuk. Harap kat rumah saja. Tapi kalau dapat main fesbuk memang sekali harung. Kerja banyak ni beb…nak main fesbuk lagi, nak hisap rokok lagi, turun minum lagi, usha makwe lagi, terawih lagi..
- Petang semalam gua dijemput berbuka puasa dekat IOI Hotel. Biasalah bila kerja pegawai kerajaan memang banyak dapat jemputan dari syarikat-syarikat yang berangan nak buat baik. Atas dasar prinsip, gua tak pergi.
- Zaman sekarang fesbuk pun orang dah percaya. Macam-macam berita tak betul. Nak tak nak kena pandai-pandai tapis sendiri. Berapa tapis pun atas ilmu di dada. Atas akal masing-masing. Bahaya betul.
- Sejak bulan puasa ini, jadual tidur gua berubah. Tidur pun tak tentu. Kadang straight tak tidur. Kalau bangun 3, 4 pagi. Kemudian gua akan menaip khidmat pesanan ringkas kepada kutu-kutu yang patut untuk diajak lepak pekena teh. Celaka. Seorang pun tak balas. Sombong.
- Dekat Percint 2 dah pupus agaknya orang yang berkebolehan buat kuih. Peniaga lebih gemar membuat karipap inti angin.
- Dulu gua pernah kerja buruh pasang landasan keretapi berkembar elektrik Rawang-Tg.Malim masa bulan puasa. Sekarang lebih banyak kerja pejabat dibulan puasa. Berdasarkan pernilaian gua, kerja pejabat lagi power dia punya letih.
- Orang sibuk-sibuk buat anak ke-2, ke-3, lu pun sibuk-sibuk baru ingat lu belum lagi meni kah kah kah!
Sebenarnya gua terikut sikit gaya blog chedet buat artikel. Oraitlah. Tidur gua baru ada 3 jam dalam tempoh 2 hari ni. Jadi sebelum gua menjelma menjadi burung hantu, elok gua pergi tengok apa benda ada dekat dapur. Petang tadi gua ada bungkus nasi putih lauk daging bakar dari Wan Atiq.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Hal Ramadhan,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 09.08.11 / 3am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- P5