Hajat

Jam menunjukkan tepat pukul 7.20 petang. Kucar kacir gua keluar dari bilik perguruan. Gua pecut balik pergi rumah. Itu pun sempat lagi nak nyala rokok. Mujurlah rumah gua tak jauh sangat dari bilik perguruan ni yang terletak kira-kira 8 kilometer mengikut jalan kereta. Kalau ikut jalan kaki pun sama, 8 kilometer juga. Cuma 8 jam kemudian baru sampai. Kalau ikut jalan semak tak tahulah gua.

“Assalamualaikum..”

Tak ada jawapan. Gua tengok helmet Am ada lagi. Petanda dia ada di rumah. Dan lampu bilik air menyala petanda dia tengah membuang hajat. Gua jadi serba salah memberi salam setelah mengetahui Am sedang berhajat. Gua sengih-sengih sambil geleng kepala.

Gua baca Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin dalam hati. Semenjak berguru bermacam Ustaz ni personaliti jadi lain macam. Sekejap-sekejap Astagfirullah. Sekejap-sekejap Astagfirullah.  Pendek kata hidup gua jadi berdisiplin.

Perut gua dari dalam kelas perguruan tadi memang buat hal. Selepas menukar dresing orang nak ke bilik air, gua lepak melepaskan hajat fesbuk dulu sementara menunggu giliran melepaskan hajat yang real.

5 minit.

10 minit.

Tak ada langsung bunyi air.

15 minit.

Lampu masih terpasang. Hati gua mula rasa terbakar. Berak batu ke apa?

“Am.. ooooo Am..!!!!”

Kali ni gua kasi garang sikit.

Diam. Jangan-jangan dia tak ada. Tapi helmet ada pula. Gua hilang sabar. Gua meluru masuk ke bilik air.

Peh. Tak ada orang.

Selang 10 minit kemudia Am keluar dengan muka serabai baru bangun tidur. Cilake. Gua jadi senyum manis bukan main..

Related Posts:


About this entry