“Gua dah jatuh hati”
Perlahan-lahan Fakhrul Bahari menyuarakan hasrat yang sekian lama terpendam. Syed Asri, Irdawati Ghazali, dan Fauzi Muhayat tersentak.
Suasana pejabat Fakhrul Bahari tiba-tiba senyap. Sedikit ketikan kebod kompiter pun tidak kedengaran. Telefon seakan-akan mengerti waktu tidak sesuai untuk berbunyi. Biasanya dari pagi ke petang deringan tidak pernah surut. Tapi kali ini pejabat sunyi. Jarang jarang boleh lihat pejabat Fakhrul Bahari begitu senyap. Betul betul sunyi. Syed Asri, Irdawati Ghazali, dan Fauzi Muhayat menumpukan perhatian kepada Fakhrul Bahari yang sedang berdiri di hadapan kubikelnya.
Fakhrul Bahari mengeluarkan sebungkus Pall Mall belum dibuka dari poket seluar. Kotak Pall Mall 20 di ketuk-ketuk kasi padu. Fakhrul Bahari meminta lighter menggunakan isyarat tangan. Syed Asri menghulurkan dua buah pemetik api.
Fakhrul Bahari mengerti. Satu pemetik api penuh berisi cecair gas bertekanan tetapi batu apinya entah ke mana dan satu lagi pemetik api tanpa cecair gas bertekanan tetapi boleh menghasilkan percikan bunga api digunakan Fakhrul Bahari dengan tenang. Seketika kemudian, asap mencurah-curah keluar dari mulut dan hidung Fakhrul Bahari. Irdawati Ghazali geleng kepala.
“Dengan siapa?”
Tanya Syed Asri dan Irdawati Ghazali hampir serentak. Fauzi Muhayat hanya menumpukan pandangannya tepat ke wajah Fakhrul Bahari.
“Diana Danielle..”
Satu pejabat histeria. Emel dengan sabjek ‘Hak tuih..!!’ saja dekat 15 kali Fakhrul Bahari delete tanpa membacanya..
Nota kaki:
- Gua sebenarnya tengah buat laporan khidmat masyarakat. Entah macam mana idea tak mahu mari. Kesudahannya, gua rasa macam celaka bila tulis cerpen.
- Henpon gua rosak (gua pinjam sebenarnya). Macam mana gua nak gud nite sama ddBeeson?
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading ““Gua dah jatuh hati”,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 16.05.11 / 7am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- Cerpen