Foker 50, Layang layang dan Tiket

Masa gua kecil dulu, kira kira umur baru 8, 9 tahun, gua teruja dengan kapal terbang. Sampai satu tahap gua nak jadi drebar kapal terbang. Boleh pusing stereng, boleh main main gear. Kecil lagi, maka belum tahu kapal terbang bukan seperti kereta. Kebetulan, airport cuma dua kilometer dari rumah gua. Jadi, waktu kapal terbang tu akan lalu memang sudah set dia punya masa. Bila lalu, maka berlarianlah gua keluar rumah semata mata untuk melihat benda kesayangan gua melintas di angkasa dan akan berteriak Foker 50! Foker 50! kerana di tepi kapal terbang itu tertulis Foker 50.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu petang, gua dan rakan rakan tengah bermain layang layang. Berbagai bentuk layang layang kami naikkan. Nun jauh paling tinggi di atas, layang layang kesayangan gua jenis sotong buatan lidi yang baru di siapkan, terbang tegap di angkasa. Hasil daripada benang berharga seringgit yang dibeli di Kedai Haji Pendek. Gua rasa bangga!

Tiba tiba, jauh kedengaran bunyi enjin kedengaran bising di angkasa. Tahulah gua itu adalah pesawat Foker 50 yang terakhir dijadualkan hari itu. Gua jadi panik. Dengan ketinggian sebegitu mana mungkin gua dapat menggulung benang demi menyelamatkan layang layang kesayangan gua.

Gua hanya mampu melihat layang layang itu dilanggar straight oleh Foker 50.

Hati gua luluh..

Bermula daripada itu, gua sudah membenci kapal terbang. Setiap kali lalu, gua akan baling batu ke langit walaupun tidak kesampaian. Kadang kadang gua terpaksa mengelak batu balingan sendiri. Kadang kadang dapat pelempang sebab batu hinggap straight di bumbung jiran.

Benci!

Sehingga sekarang, benci itu masih ada. Dengan pekerjaan yang jauh dari kampung halaman. Gua tiada pilihan lain. Hendak berkereta, daratan tiada. Hendak bersampan, berjanggut belum tentu tiba. Kapal terbang?

+++

Apa hal asal nak balik, tiket mahal. Nak balik tiket mahal. Asal tiket mahal gua nak balik?

Related Posts:


About this entry