Cukai pintu
Seperti biasa sebelum solat Jumaat, gua, Asri dan Bobo akan singgah makan dekat Desa Pinggiran Putra. Malam semalam Bustamin pinjam kereta nak training drift competition Percint 2 tahun depan, jadi hari itu kitaorang naik kereta betmen!. Dalam perjalanan..
“Cukai pintu berapa kena bayar ha?” Asri mengajukan soalan.
“Tengok tempat. Ada yang mahal, ada yang murah” gua jawab ringkas, padat dan tenang walaupun matahari tengah terik membakar. Kereta gua hentikan sementara menanti lampu isyarat memberikan laluan.
Selang tiga kali hirup kopi, lampu isyarat bertukar hijau. Gua yang berada dipetak pertama terus memecut meninggalkan Skyline, Subaru dan Grand Libina di belakang gua.
“Setahun sekali?” soal Asri lagi inginkan kepastian. Dia yang duduk di belakang makin rapat ke depan.
“Eh.. takk. Dua tahun sekali kalau tak silap” jelas gua.
Asri hangguk hangguk kepala, gua anggap dia percaya.
“Kalau macam tu gua nak cabut pintu rumah la!”
—
Gua rasa nak belok ke tasik Cyber view masa tu jugak. Melelong kereta gua drive gelak tak ingat!
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Cukai pintu,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 24.12.10 / 4pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari