Cerita Dari Seberang Laut
Sehingga hari ini sudah hampir 6 hari gua di Lahad Datu. 10 hari meninggalkan pejabat. 4 hari sebelumnya gua kursus di Kota Kinabalu mengikut kehendak peraturan pekerjaan. Dan selama itu tidaklah begitu banyak benda yang dibuat gua melainkan berjumpa kutu-kutu lain yang masih setia mencari rezeki di sini. Hal yang dibincangkan juga tak ada yang terlalu mustahak atau perlu diberi perhatian. Kalau ada yang terusik pun cuma soal agama dan sedikit hal masa depan.
Masa masa lain pula gua lebih banyak penuhkan dengan menjadi pemandu, bermain DotA dan tidur. Sejak kebelakangan ini, makan nasi dan tidur semakin kerap dan tersusun ikut jadual. Tiap pagi bangun awal hantar isteri gua pergi kerja. Tengahari sikit gua bantai tidur lagi. Amboi bukan main sedap lagi hari-hari dapat tidur siang. Letih tidur, gua menghadap komputer, mengasah strategi dalam DotA atau meneliti dan menganalisis Facebook. Pekerjaaan meneliti Facebook ini kalau diikutkan memang tak akan pernah siap. Tak akan habis. Celaka sungguh.
Petang sikit gua lepak kedai mak gua. Bantai pisang goreng sambil pekena Teh O yang datang secara auto dari dalam kedai. Gua banyak sembang dengan kenalan lama gua, Mahathir. Seorang ahli bina badan.
“Lu buat apa sekarang?”
Tanya ahli bina badan sambil memerhatikan remaja di simpang bermain basikal ala rempit.
“Gua sekarang tak buat mende pun. Amik upah mesin rumput ja. Malam pula meniaga nasi kerabu dekat pasar malam.”
Tipu gua terang-terang.
“Cilake..”
Ahli bina badan cuma gelak.
Prakkk!!
Seorang remaja dalam lingkungan awal 13 tahun jatuh tersembam di pokok pisang tidak jauh dari kami. Dia meraung kesakitan. Kami berdua hanya memandang endah tak endah.
“Rasakan. Itu pengalaman buatmu.”
Ungkap gua di dalam hati sambil menghirup Teh O panas yang makin ke sejuk.
Petang semalam ada orang Indonesia lepak kedai mak gua. Tanya gua pasal daun chemangi. Kekok juga gua berbahasa Indonesia. Padahal ada juga gua tengok drama Nada Cinta petang-petang. Itu tak masuk lagi dengan sitkom Opera Van Java setiap isnin hingga khamis pukul 10 malam, tapi lidah gua masih tak berapa konfiden juga nak cakap Indonesia. Bila gua nyanyi lagu Indonesia, lain pula halnya. Lancar.
Selama 6 hari ini juga, tak ada satu pun hal berjasa yang gua lakukan yang setimpal dengan kekerapan makan nasi di rumah ini. Mungkin awal pagi esok kalau cuaca baik, akan gua implementasikan aktiviti bermanfaat seperti bercucuk tanam atau menghidupkan mesin rumput dan menebas apa-apa yang patut di sekitar rumah ini termasuk kaki kera.
Mudah-mudahan.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Cerita Dari Seberang Laut,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 15.02.12 / 11pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- LD