Bonus

Hari ini hari isnin. Gua bersiap pergi kerja lebih awal. Biasa lah, dari pukul 3 petang semalam tak pernah tidur lagi. Peh..Dia punya rabak. Kalau kasi bantal memang tak ingat makwe itu makwe ini. Terus layan tidur yang paling solid punya. Kalau kejut pun gua ingat tak bangun.

Sampai pejabat, gua peh lagi sekali. Tersengih-sengih makcik, pakcik, kakak, polis bantuan bercakap tentang bonus dah masuk. Masing-masing tersenyum puas. Seronok betul. Macam hari raya pun ada.

Ah esok lusa muka masam juga..

#Nota: Belum kira berapa alhamdulillah, syukran dalam fesbuk lagi tu.

Related Posts:

  • No Related Posts

About this entry