Biarkan Si Sabahan terjun dengan EPWnya

Kemaskini 30 Jan 2012:
Sila baca komen Tangkai Jering berkenaan status ITP, ITP/EPW layak bagi suami/isteri yang menduduki rumah kerajaan, pegawai bercuti tanpa gaji, pegawai yang membeli rumah dalam stesyen pegawai berkhidmat dengan pinjaman perumahan kerajaan dan pegawai yang menghadiri kursus.

Kerja kerajaan kau? Asal mana? Mana kau posting? Semenanjung? Sabah? Sarawak? Labuan? Kau dapat EPW la ni kan? Kaya la kau ni?

Lu orang jangan bangga sappo’! Kahkahkah!!!

Jika dikira dari satu sudut, lebih kurang sebenarnya. COLA+ITP = EPW. Gua ambil contoh perkiraan EPW pegawai sokongan II (Gred 27-40) berasal dari Sabah/Sarawak yang ditempatkan disemenanjung. Sekitar RM400-500. Berbanding pegawai yang berasal dari semenanjung di tempatkan di Sabah. Sekitar RM800-RM1000.

Gua bukan apa. Namanya kan bantuan. Syukur ada juga. Cuma kadang kadang terfikir, harga barang hampir sama. Kalau diikutkan kadar rumah sewa, bapak lagi murah dekat Sabah tu. Belum masuk makanan lagi. Masa gua prektikel dekat RTM Tawau, makan tengahari gua (lauk ikan) RM1.50 sekali dengan minuman! Di semenanjung lagi lagi di lembah klang lu orang dapat makan apa dengan RM1.50?

Nescafe ais dekat Azu Maju Desa Pinggiran Putra pun tak lepas! Kahkahkah!

Jumlah tersebut amat jauh berbeza. Realiti kos sara hidup termasuk sewa rumah di Semenanjung ini lebih tinggi dari Sabah dan Sarawak. Apakah rasional perbezaan? Di sebelah pihak yang satu lagi tampak elaun wilayah lebih merugikan sebab sesiapa yang mengambil EPW memilih BIW tidak layak untuk diberi mendapat COLA. Malah di tahap sesuatu gaji (Sokongan II [27 – 40]) EPW dia lebih rendah daripada elaun COLA, walhal kawan dia mempunyai gaji pokok yg sama.

Apa benda EPW itu? Pada tahun 1987, Kerajaan mencadangkan kemudahan Had Kadar Sewa Rumah bagi pegawai yang bertukar wilayah dan kemudiannya dilaksanankan pada 1 Januari 1988. Bagaimanapun pada 2001, kerajaan telah menyemak semula peraturan dan pelaksanaan kemudahan tersebut dan memutuskan supaya ia diganti dengan pemberian Elaun Perumahan Wilayah atau nama manjanya, EPW.

Siapa yang layak? Pegawai yang bertukar Wilayah layak diberi EPW. Elaun ini tidak melibatkan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001, ‘pegawai yang bertukar wilayah‘ bermaksud pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung atau pegawai yang berasal dari Semenanjung yang berkhidmat di Sabah atau Sarawak. Manakala Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2005 menyatakan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya Labuan ditakrif sebagai wilayah berasingan dari Sabah.

Takrifan ‘berasal‘ pegawai pula adalah merujuk kepada wilayah kelahiran ibu atau bapa pegawai seperti yang dinyatakan melalui Surat Edaran Jabatan ini bil. JPA(S) 63/75/2/(SV61) bertarikh 12 Oktober 2000.

Apa apahal untuk maklumat lanjut lu baca dekat rujukan yang gua sertakan. Termasuk kadar bayaran elaun. Gua juga berterima kasih kerana EPW tidak lagi termasuk dalam perkiraan cukai pendapatan tahunan.

Kesimpulannya, sila kaji semula EPW! Kahkahkah!!

Rujukan:

  1. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2001 – Elaun Perumahan Wilayah Bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah
  2. Kadar Bayaran EPW
  3. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2007 – Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup.
  4. Kadar ITP

Related Posts: