Berborak Dengan Pesakit
Petang isnin gua pulang cepat-cepat dari opis. Gua ada misi. Gua kena pergi Klinik Kesihatan Puchong. Ada ujian saringan sikit.
Dalam pukul 2 petang gua sampai. Boleh tahan ramai. Ada satu makwe cun tengah rancak berborak dengan satu brader tak smart langsung. Dressing macam orang dalam tivi. Tak macam gua, dressing opis.
Lepas ambil nombor giliran, gua duduk satu tempat kerusi hujung. Dekat dengan tibi. Lama menunggu akhirnya nombor gua dipanggil. Selepas sesi berkenalan dengan makwe kaunter, gua kena suruh tunggu lagi. Pun lama.
Dalam gua asyik menunggu nama dipanggil datang satu brader india dalam lingkungan 50an duduk sebelah gua. Peh! Gua tengok pun memang seram. Atas kepala, telinga, pipi semua luka-luka. Belum sempat gua menanya soalan, nama gua kena panggil masuk. Tak sampai 3 minit gua kena suruh tunggu lagi. Gua duduk tempat gua tadi. Sebelah brader india.
“Apahal brader? Kencing manis?”
Gua tanya dengan serius.
“Eh bukan. Eksiden.”
Jawab brader tu senyum ingat gua buat lawak. Kemudian pandang gua yang sedang menahan darah dengan kapas dijari.
“Demam ke?”
Tanya brader tu pula.
“Tak. Ujian HIV”
Jawab gua.
Secara auto brader tu tadi menganjak tempat duduknya sedikit.
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Berborak Dengan Pesakit,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 14.09.11 / 8pm
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari
- Tags:
- Nikah